BREAKING NEWS

INI BUKAN RASUAH LAH!! INI MASYUK AJE!! PKFZ: Kredibiliti LPK jadi pertikaian



Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi tanda tanya kepada semua, apabila pendedahan Pasukan Petugas Khas seolah menjadi rantaian yang tiada penghujungnya.


Terbaru, tuntutan tidak munasabah, percanggahan atau penipuan berjumlah antara RM500 juta hingga RM1 bilion seperti yang didakwa oleh pasukan petugas tersebut dilihat membuka polemik baru dalam isu ini.

Sejauhmana keterlibatan Umno dan Barisan Nasional sehingga menjadi isu yang sebegini besar? Kenyataan yang dikeluarkan melalui Seketariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor jelas menampakkan betapa gagalnya PKFZ.

Pendedahan Pasukan Petugas Khas dalam isu PKFZ jelas menimbulkan pelbagai persoalan dan paling utama adalah kegagalan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) untuk mengurus tadbir zon bebas itu dengan mantap dan telus.

Dalam satu kenyataan akhbar melalui Seketariat Akhbar Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jeyakumar menyatakan kerajaan Negeri Selangor amat terkejut dengan pendedahan Pasukan Petugas Khas berhubung tuntutan tidak munasabah, percanggahan atau penipuan berjumlah antara RM500 juta hingga RM1 bilion oleh syarikat pemaju utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

"Pembaziran wang rakyat sebanyak RM1 bilion yang disebabkan oleh pelbagai tuntutan tidak munasabah oleh KDEB itu turut memperlihatkan kegagalan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) untuk mengurus tadbir zon bebas itu dengan mantap dan telus.

"Penyelewengan yang didedahkan oleh Pasukan Petugas Khas itu menimbulkan persoalan hubungkait di antara kedua-dua pihak pemaju dan LPK apabila Ketua Umno Bahagian Kapar, Dato' Abdul Rahman Palil sendiri merupakan ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 hingga 2003, dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar Dato' Faizal Abdullah merupakan Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB),"jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya,penglibatan Umno Bahagian Kapar dalam LPK dan KDSB seterusnya menimbulkan isu pertindihan kepentingan (conflict of interest).

"Keadaan ini bertambah keruh apabila Lembaga Pengarah LPK dilantik daripada kalangan pimpinan komponen Barisan Nasional yang masing-masing berkepentingan sehingga mendorong kepada salah tadbir dan ketidaktelusan LPK,"katanya.

Xavier turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor berpendirian LPK yang dipengerusikan oleh Dato' Lee Hwa Beng tidak wajar menggunakan isu ini bagi melepaskan tanggungjawab serta mengalih fokus masalah yang melanda projek PKFZ.

"Kredibiliti LPK tetap menjadi pertikaian sekiranya Lembaga Pengarahnya kekal sama dengan mereka yang dilantik atas dasar hubungan politik.

"Kerajaan Negeri Selangor menyeru agar LPK menerima pelantikan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke dalam Lembaga Pengarah LPK agar usaha penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi memperbesarkan Pelabuhan Klang supaya Negeri Selangor mendapat manfaat dengan perkongsian usahasama ini,"tegasnya. - mks. _

Sumber:harakahdaily

Mohd Khalil Abdullah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails