BREAKING NEWS

Wartawan Penjilat Yang Terlampau!!

SEPERTI mana diduga 'fatwa' Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berbunyi ahli Umno tidak masuk syurga sudah kecur dan menjadi modal besar kepada UBN. UBN telah pun mula menjajanya. Beberapa ustaz dan Mufti yang kontrak (cari makan) dengan kerajaan juga ikut sama membantu menjaja dan menjual fatwa itu untuk memburuk Mursyidul Am itu.



Ia telah dijadikan modal murahan menjelang pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos. Hampir semua pemimpin Umno turut sama mengulasnya mengecam Nik Aziz. Nampaknya strategi Nik Aziz untuk mendapat simpati rakyat sudah tercapai!

Semalam Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku disebalik terkeluarnya fatwa berkenaan. Beliau menafikan laporan yang dipetik akhbar berkenaan dan menganggapnya ia perbuatan jahat. Katanya dia tidak pernah menyebut perkataan ahli Umno. Apa yang beliau biasa sebut ialah penyokong Umno. "Saya tidak biasa sebut ahli Umno tetapi menyebut penyokong," katanya. Sah yang menukar istilah itu ialah wartawan yang menulis laporan itu.
Kalau begitu yang silap dan salahnya di sini ialah media yang menyiarkan laporan itu, Utusan Malaysia. Kemungkinan wartawan melaporkan itu kurang pendengaran. Ataupun mereka ada agenda sengaja mahu menimbulkan huruhara di kalangan masyarakat Melayu. Kalau benar begitu betapa kesalnya kalau isu-isu yang boleh menjejaskan martabat Melayu turut sama dipolitikkan tanpa memkikirkan kesan baik dan buruk.
Tegas Nik Aziz dalam kenyataan itu juga beliau tidak ada sebut fasal Palestin dan terkejut bila mana dalam laporan itu ada perkataan Palestin. "Saya terkejut ada perkataan Palestin, ini disengajakan nak lagakan saya dengan Palestin pula," katanya. Beliau bagaimana pun membayangkan apa yang beliau lapazkan ialah sesiapa yang memisahkan iman dan agama mereka tidak akan masuk syurag tidak kira mereka orang Pas aau orang Umno.

Maknanya kenyataan beliau itu bersifat umum dan tidak menunding kepada Umno semata-mata. Di sinilah berlaku eksploitasi oleh wartawan atau media yang menyiarkan laporan berkenaan.
Soalnya kini siapakah yang berbohong mengenai laporan berhubung kenyaaan Mursyidul Am itu? Apakah Nik Aziz atau wartawan yang menulisnya atau akhabr yang memetik laporan itu? Malang tidak ada audio video yang disiarkan di tv atau pun di mana-mana youtube untuk dijadikan sebagai bukti.

Walaupun mungkin Nik Aziz benar namun kalau ianya tidak disokong oleh audio video mungkin sukar untuk orang ramai menyakininya ini kerana sebelum ini Tok Guru ada juga melakukan kesilapan. Begitu juga sebaliknya kalau media yang melaporkan itu benar jika tidak ada saksi ia boleh diragui. Apa lagi persepsi umum kepada media arus perdana begitu buruk sekali. Apabila Nik Aziz membuat penafian dan bercadang untuk menyaman, maka jelas yang silap kini ialah wartawan dan media berkenaan.

Dalam kenyataan akhbar diadakan khas untuk menjelaskan itu, Nik Aziz juga mengesali sikap Mufti Kerajaan Perak, Harussani Zakaria yang menegurnya berdasarkan petikan laporan berita itu. MB Kelantan itu tidak senang dan beranggapan cara Harussani itu tidak betul di mana beliau sepatutnya menanyai dirinya dulu.
Katanya sebagai seorang ulama sepatutnya Harussani menghubungi dan bertanya sendiri apa sebenarnya yang diucap dan dimaksudkan dan tidak bersandarkan laporan media semata-mata. Harussani tidak boleh mengulas berdasarkan laporan bersifat politik!

Kali ini nampaknya Nik Aziz bertertib dan mengutamakan adab dan disipilin dalam membuat kritikan. Sememangnya sesiapa juga hendak mengkritik seseorang berhubung isu yang timbul mendapat maklumat yang cerap dan sahih untuk mengelakkan fitnah. Saranan Nik Aziz itu memanglah tepat dan perlu diberikan perhatian. Namun malangnya ada kalanya beliau juga tersasar dalam hal ini. 

Apa yang beliau ke atas diri Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa adalah contohnya. Nasaruddin menjadi mangsa hidup-hidup disebabkan kelalaian Nik Aziz untuk bertanya secara direct kepada timbalan presiden Pas itu berhubung kerajaan perpaduan tetapi lebih percaya kepada laporan dan maklumat yang disampaikan di balik tabir kepadanya. Sikap Nik Aziz di sini ada sedikit double standard. Walaupun beliau akhirnya meminta maaf namun apa yang beliau lakukan itu memberi kesan kepada individu lain.

Begitu juga dengan para wartawan dan pemberita yang tidak faham maksud sebenar dikeluarkan seseorang tokoh atau sumber hendaklah menyelidik dan menyemaknya. Kelalaian dan kesalahan dalam membuat laporan ini ia boleh menyebabkan timbul masalah dan menyusahkan banyak pihak. Misalnya dalam kes Nik Aziz dan fatwa yang dilaporkan itu telah menimbulkan masalah dan sekaligus menyebabkan maruah Melayu dan Islam tercemar disebabkan ulah sesama sendiri.

Bila Melayu mempertikaikan keimanan sesama sendiri, soal siapa masuk syurga dan siapa ke neraka, sangat mengaibkan. Apakah kita tidak sedar bangsa lain dan penganut agama lain sedang memerhatikan kita yang masih belum pasti mengenai jalan (wasilah) yang kita lalui kini sama ada benar atau batil. [wm.kl. 8:45 am 18/08/09]
Oleh Mohd Sayuti Omar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails