BREAKING NEWS

Buat yang menyokong ISA tapi tak tahu apa itu ISA!!!

MENGAPA ISA DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH UNDANG-UNDANG ZALIM OLEH MASYARAKAT UMUM?

~ISA adalah bercanggah dengan rukun-rukun asas perundangan antarabangsa yang antara lain menekankan hak seseorang individu untuk bebas, kebebasan dari penahanan secara sembarangan, hak untuk dimaklumkan tujuan penahanan, hak bagi seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, serta hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan terbuka di mahkamah.

~ISA bertentangan dengan hak seseorang individu untuk membela diri beliau dalam sebuah perbicaraan yang adil dan terbuka. Individu yang ditahan boleh dikurung dan disoal siasat selama 60 hari tanpa sebarang akses kepada nasihat undang-undang oleh peguam.

~Dalam tempoh 60 hari yang pertama, individu yang ditahan di bawah ISA tidak mempunyai sebarang bentuk komunikasi dengan dunia luar.

~Penyeksaan tidak dapat dipisahkan dari penahanan di bawah ISA. Bekas tahanan ISA telah tampil memberi penerangan berkaitan penyeksaan fizikal dan psikologikal yang teruk yang mereka lalui. Seksaan tersebut antara lain termasuk dipukul, dipaksa berbogel, tidak dibenarkan tidur, soal siasat tanpa mengira masa, ugutan mencederakan anggota keluarga termasuk ugutan merogol dan mencederakan anak-anak individu yang ditahan.

~Seksaan yang berterusan telah membuatkan tahanan menandatangani ‘akuan’ yang disediakan oleh kerajaan, disebabkan kebimbangan serius terhadap ugutan dan ancaman.

~ISA kekal sebagai tunjang bagi kuasa untuk penahanan secara sembarangan tanpa perbicaraan yang ada pada Eksekutif
ISA telah seringkali digunakan terhadap individu yang mengkritik kerajaan serta memperjuangkan serta mempertahankan hak asasi manusia. Akta tersebut merupakan sebuah alat yang dikekalkan oleh pihak berkuasa, yakni kerajaan, bagi mengawal serta mengongkong kehidupan awam dan masyarakat umum.

~Sejak 1960 apabila Akta tersebut berkuatkuasa, ribuan orang termasuk ahli kesatuan pekerja, pemimpin mahasiswa, aktivis pekerja, aktivis politik, kumpulan keagamaan, ahli akademik, dan aktivis NGO telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa lalu telah ditahan lebih dari satu dekad lamanya.

~Selain dari pencabulan hak asasi yang telah dialami oleh tahanan, ISA mempunyai kesan serta pengaruh yang lebih mendalam terhadap masyarakat umum menyebabkan mereka takut serta mempengaruhi cara keterlibatan politik serta kebertanggungjawapan di Malaysia.

~ISA telah digunakan bagi menyekat aktiviti-aktiviti politik, akademik dan sosial yang aman serta membendung kritikan membina dari NGO serta kumpulan pendesak. Ia mengurangkan dan menyempitkan batas politik bagi perbahasan penting berkenaan dasar-dasar ekonomi, isu rasuah, dan cabaran sosial yang lain.


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails