BREAKING NEWS

Nabi Muhammad (s.a.w) disebut dalam Kitab Hindu

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti
Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki
Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran
mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang
sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan faktor
benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi
suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya
pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan
atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari
berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan
untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus
terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah
dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang
yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan
adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr.
Pandit Vedaprakash Upadhal, menamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki
Avatar.
Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari
Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan
tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah
perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang
dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad
s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan
oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya
telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang
mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam
penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun
muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali
dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi
membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah
dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka
bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam
ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi
yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan
mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai
VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama
tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat,
VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah
dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan
menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI
beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi
Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas
Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang
amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak
dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun.
Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan
dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan
berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini
bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish
yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki
Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah
mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk
mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama
Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat
Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit
hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi
Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke
masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan
menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan
diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas
bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad
s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan
pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.aw
telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan
seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini
bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang
berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir
bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan
senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya
Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul
1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda
mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang
dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah
memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu
adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan
kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan
kebenarannya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails