BREAKING NEWS

'Keluarga Yasmin, Kosmo! mohon maaf.'

Jul 30,10.41 am
Selepas menerima kecaman keras dan ancaman untuk dipulaukan, Kosmo! hari ini memohon maaf selepas mendedahkan sejarah peribadi pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang dianggap mengaibkan.

Harian itu memohon kemaafan daripada keluarga pengarah filem itu, sahabat handainya dan juga pembacanya yang tersinggung akibat pendedahan dalam berita Isnin lalu.

Permohonan maaf itu disiarkan di muka hadapan akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad itu dengan judul 'Keluarga Yasmin, Kosmo! mohon maaf.'

"Laporan bertajuk 'Takdir Yasmin' itu telah menerima pelbagai reaksi. Kosmo! prihatian dengan reaksi-reaksi itu.

"Sebagai sebuah akhbar yang dekat dengan masyarakat, Kosmo! ingin memohon maaf kepada ahli keluarga allahyarham Yasmin, sahabat handai dan para pembaca yang tersinggung dengan penyiaran berita tersebut," laporan tersebut dipetik.

Semalam, sekumpulan wartawan merancang mengirim surat bantahan kepada kumpulan media berpengaruh luas, termasuk berkempen kepada pengamal media yang rasa berang agar turut serta.

Surat mereka kepada pengerusi kumpulan media berpengaruh besar itu Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin mengutuk Kosmo! dengan menyifatkan laporan itu "hari paling gelap dalam sejarah kewartawanan Malaysia."

Tabloid harian tersebut melaporkan pengarah filem itu pernah terpilih sebagai naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

Susulan artikel tersebut, agensi-agensi iklan turut merancang memulaukan akhbar tersebut dan harian berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh selama sebulan mulai 10 Ogos.

Awal minggu ini, aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar berkenaan dan menggesa pembaca memulaukan akhbar berkenaan.

Sumber:malaysiakini


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails