BREAKING NEWS
Showing posts with label Umno Tolak Islam. Show all posts
Showing posts with label Umno Tolak Islam. Show all posts

Amanat Haji Hadi Menjadi 'Kambing Hitam' Untuk Menutup Penyelewengan Umno/BN



Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul. Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya. Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya. Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat. 'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk. UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.

'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.

Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.

Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam." Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid. Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t. Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan. Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah.

Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam. Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.

UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'. 'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut. Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim. Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil. Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.

UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama? Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri. Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'. Mereka tidak perlu terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama. Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik

Oleh Muhammad Fazilul Helmi Raidzan

Amy 'Search' Terkejut!! Pemuda Umno Lebih Bodoh Dari 'Lembu Shahrizat'

Siapakah yang pilih mangkuk baghal nih jadi exco pemuda umporno??


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berasa pelik, dan ,menganggap ianya keterlaluan apabila sebuah parti tua yang mendabik dada bahawa hagemoni mereka tidak akan pernah lupus dari bumi Malaysia ini, sekonyong-konyong mendakwa parti mereka adalah pilihan Tuhan, untuk menjalankan tanggungjawab memerintah negara ini dan atas dakwaan pendek akal itu, memaksa pembodohan terus bersarang dalam pemikiran anak muda negara tercinta ini.

Amat malang buat semua, apabila Exco Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih bangga dipanggil Umno, mendakwa dalam ucapannya bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja perubahan di negara ini.

Maka jelas terbentang kerja-kerja pembodohan minda yang ingin dilakukan oleh Reezal Merican ini yang secara mudah menganggap anak muda akan bermuhasabah menerima kenyataan penuh dangkal itu dan tetap bersama penyelewengan mereka.

Banyak tanggapan untuk memperlekehkan ucapan Reezal Merican boleh ditulis, tetapi AIC melihat dari beberapa sudut mengapa ucapan-ucapan politik selemah itu harus wujud dalam waktu seharusnya jiwa-jiwa besar memainkan peranan dalam membangunkan semangat kenegaraan yan kian lumpuh. Pertamanya adalah betapa Pemuda Umno, sebagai sayap parti pemerintah sudah merasakan ‘faktor ketakutan’ melanda mereka.

Mereka tidak lagi bertemu dengan golongan anak-anak muda yang sanggup bersama mereka dalam arus hebat menahan asakan pembangkang menuju Pilihanraya Umum ke 13.

Mereka tidak lagi melihat anak muda, tanpa diberi bayaran dan ganjaran material akan duduk tegap bersama mereka melakar kembali beberapa detik kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu waktu dulu.

Maka Reezal Merican, dalam penilaian pendeknya merasakan, mengheret kalimat Tuhan kedalam ucapan itu bakal sahaja menambah seni ucapan malah mungkin menambah saham beliau sebagai pemimpin masa depan dalam parti tua itu.

Faktor kedua adalah terdesak. Ucapan Reezal Merican adalah mewakili keresahan dan rasa terdesak pembesar-pembesar Umno yang jelas buntu dengan kemaraan penentangan rakyat terhadap mereka.

Jika diperhalusi, setiap tohmahan dan skandal yang cuba mereka palitkan pada pembangkang akhirnya ditepis dengan mudah dan mereka terus dihantui dengan skandal penyelewengan besar-besaran yang semakin menyekat salur pernafasan mereka. Sesak, dan mereka mencuba untuk mengheret kalimat Tuhan bagi memberikan sedikit ruang bernafas kepada diri mereka sendiri.

Faktor terakhir adalah kebodohan. Reezal Merican mewarisi kegagalan pembesar-pembesar Umno yang lain yang sering tidak mempunyai isi dalam ucapan mereka.

Mereka lebih mementingkan gah serta gaya, mungkin sedikit pandai memainkan emosi tetapi kegagalan langsung mereka adalah menyampaikan mesej dan akhirnya apa yang diperjuangkan mereka separuh abad lalu tenggelam sedikit demi sedikit , sehingga akhirnya Umno pasti terdesak sehingga bakal memaksa rakyat khususnya untuk terus bernaung dibawah kebodohan dan kezaliman mereka.

AIC yakin anak muda menolak saranan seumpama itu, dan tidak akan membiarkan Reezal Merican mempelopori kerja-kerja pembodohan minda ini dengan sewenang-wenangnya. Pertembungan ini adalah pertembungan nilai, pertembungan strategi dan pertembungan idea. Memang benar Tuhan wujud dalam setiap keadaan, tetapi mendakwa Umno adalah pilihan Tuhan, adalah satu fasa paling gelap penelitian tahap kecerdikkan ucapan politik.

Mari sebentar menoleh ucapan Winston Churchill dalam membangkitkan semangat rakyatnya ketika mengalunkan ucapan, Darah, Kederat, Air Mata dan Keringat yang begitu popular. Tidak ada satu kalimat Tuhan pun diseret dalam ucapan tersebut, kerana Churchill percaya tugasnya adalah untuk menyemarakkan semangat juang dan menjual nilai, bukan mencampuri urusan keyakinan diri rakyatnya kepada Tuhan yang sama sekali tidak wujud dalam politik.

Malah gaya hidup dan amalan yang dipraktikkan Umno tidak selari jika ucapan Reezal Merican dijadikan pedoman oleh pengikut Umno bawahan. Skandal penyelewengan harta negara, pengkayaan kroni, salahguna kuasa, keborosan dan pengkhianatan negara yang dilakukan oleh Umno tidak pernah akan menyokong tanggapan Reezal Merican bahawa Tuhan meredhai pemilihan Umno sebagai tunjang seterusnya negara tercinta ini.

Reezal Merican lupa, beberapa generasi kafir Quraisy ‘dipilih’ Tuhan untuk menjadi penjaga Kaabah. Reezal Merican lupa, ratusan tahun dinasti Firaun memerintah Mesir ‘dipilih’ Tuhan untuk memerintah, sehingga akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan. Maka Umno juga mungkin ‘dipilih’ Tuhan, tetapi sebagai satu peringatan kepada semua, tanpa keinsafan dan sedar diri, amanah yang dipikul boleh menjadi azab yang membebani diri di kemudian hari.

Rakyat semakin menolak Umno, dan rakyat menolak projek pembodohan minda yang Reezal Merican cuba lakukan dan melawan kezaliman dan ketidakadilan Umno, adalah satu hak yang dituntut dalam perjalanan kita sebagai generasi penggerak zaman.

 Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

Kisah Bapa Saudagar Arak 'San Miguel' Yang Sesat Lagi Menyesatkan


Menjadi pertanyaan, apakah sudah tidak ada orang-orang alim Islam dalam Umno? Apakah sudah tidak ada yang alim dan warak Islam dalam Umno untuk datang mendekati Tun Dr Mahathir dan berbisik ke telinga Tun agar kurangkan bercakap dan memberi pandangan tentang Islam?
Begitu tergamak para alim Islam Umno membiarkan Tun Dr Mahathir bercakap merepek dan merapu tak tentu arah hingga menjatuhkan imej Tun dan mendedahkan kejahilan Tun dalam agamanya ? Sepatah kata nasihat ustaz Azhar Idrus sambil berkelakar dalam ceramah-ceramah beliau, " lebih baik jangan bercakap pasal islam kalau tak tahu, kalau bercakap je, soh bodo!".

Tak kanlah ulama-ulama Umno nak membiarkan Tun begitu? Kejam namanya tu! Kasihanilah orang tua itu, betulkan pemahaman Tun bahawa lebih baik pilih syaitan daripada pilih malaikat" dan "malaikat pun kadang-kadang ada buat salah!" Astaghfirullah...apa ni? Mana boleh pilih syaitan dan mana boleh tolak malaikat? Kacau sungguh pemikiran Tun ini!

Boleh berdosa Harussani kalau tidak membetulkan Tun! Boleh berdosa Fathul Bahri kalau tak membetulkan Tun dan boleh berdosa Jamil Khir kalau tidak membetulkan Tun! Kalau iya pun nak berkempen dan nak menangkan Umno takkan sampai nak ikut syaitan? Tidak dibuat dek orang yang waras eh!
Diharap para ulamak umno janganlah tido dengan duit ringgit yang bertimbun tanpa memberi nasihat yang betul dan wajar kepada Tun Dr Mahathir! Tak kan semua takutkan Tun kot atau di waktu-waktu maghrib dan nak masuk Isyak Tun Mahathir  ini, memang nak biarkan Tun begitu? Kejam!

Aku risau kalau para alim Islam Umno tidak pergi segera menziarahi Tun secepat mungkin dibimbangi sehari dua lagi akan datang kenyataan Tun yang pelik-pelik dan menjadi bahan ketawa orang! Manalah tahu..... kan?

SUMBER
Related Posts with Thumbnails