BREAKING NEWS
Showing posts with label Raja-Raja Melayu. Show all posts
Showing posts with label Raja-Raja Melayu. Show all posts

Raja-Raja Melayu Mahu Kerajaan Menyelesaikan Secepat Mungkin Siasatan Berkaitan 1MDB


Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.



Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.
"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."
Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.
"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.
Raja-Raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
"Raja-Raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.
Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.
Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu.
- Bernama

Titah Sultan Boleh Dibincangkan Oleh Media Dan Ahli Akademik


Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan.

NONEDalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang putera diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

NONEAziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu.
SUMBER

Sultan Kedah bertitah meminta rakyat menolak percubaan mengheret institusi Raja-Raja

 
ALOR SETAR, 16 Jan: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah meminta rakyat di negeri ini agar berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu mengheret institusi raja-raja dalam isu-isu yang berbangkit.
Baginda mengingatkan rakyat supaya sentiasa memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.
"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara.
"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat di kalangan penduduk berbilang kaum dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan dan usaha kerajaan beta untuk terus mengeratkan perpaduan hendaklah disokong sepenuhnya,” titah baginda.
Langkah kerajaan negeri yang berusaha meningkatkan keyakinan dan kemasukan pelabur asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan di negeri itu turut menarik perhatian baginda dalam titah tersebut.
"Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepat dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing dan beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran sempena ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya pada majlis yang sama berkata, kerajaan negeri akan terus mendukung konsep federalisme dan prinsip demokrasi dan pembahagian kuasa seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara.
Beliau juga berharap agar kerajaan pusat dapat menuruti dan menghayati prinsip yang sama demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
"Segala harapan rakyat telah diterjemahkan kepada pelbagai projek yang dirancangkan dan perancangan kerajaan tidak akan menjadi kenyataan tanpa mendapat kerjasama semua pihak," katanya.


Anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib telah dianugerahkan Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.
Oleh: Muhammad Shubihi Zain  

Kembalikan kuasa eksekutif Sultan yang telah dirampas oleh pemimpin Umno yang mabuk kuasa


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

NONE“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.
"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

NONESehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.
Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.-mkini

Tuanku Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan ‘tidak lama lagi’.

Adalah dipercayai Majlis Perajaan bersidang pagi tadi bagi memutuskan pemasyhuran berkenaan.

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu sejam jam 11.30 pagi bagi upacara itu tetapi maklumat yang diperolehi adalah samar.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan dipercayai Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

“Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. -mkini

Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum menerima surat rasmi dari istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.

Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak.

"Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.

Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu.

"Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya.-mkini

Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang semalam.

Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei 8 malam melalui laman berita nasional Brunei iaitu  http://www.rtbnews.rtb.gov.bn.

Perceraian itu diumumkan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan di laman web berkenaan.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010,” katanya dipetik dari laman itu.

Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik.

Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga, saudara terdekat kedua-dua pihak.

Berita perkahwinan mereka menjadi tumpuan dunia dan menjadi antara maklumat carian internet paling pupolar ketika itu.

Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.

Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian.-tvs

Istana Johor sahkan lucut gelaran ‘Datuk’ Chua Jui Meng dan tiga yang lain



JOHOR BARU, 11 Jun — Jumaah Majlis Diraja Johor mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Chua Jui Meng tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.
Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah “melampaui politik.”
“Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik.
“Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini,” kata beliau pada sidang media di Istana Besar, hari ini.
Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.
Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.
“Baginda tidak perlu memberikan sebab kerana ia adalah kuasa Raja,” katanya dan menambah Chua dianugerah Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, kedua-dua darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.
Abdul Rahim berkata tiga pertimbangan utama diberikan dalam penganugerahan darjah kebesaran iaitu kesetiaan, kerajinan dan perkhidmatan terpuji.
Katanya, beliau telah memaklumkan tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu kepada Chua menerusi satu surat bertarikh 4 Jun dan disusuli panggilan telefon pada 8 Jun dan semalam.
Katanya, surat itu telah dihantar ke kediaman Chua di Damansara, Kuala Lumpur.
Chua, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA, sebelum ini berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu.
Chua turut berkata, beliau akan hanya memulangkan darjah kebesaran itu jika menerima surat rasmi.
Menurut Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor itu, panggilan telefonnya kepada Chua itu boleh dianggap sebagai satu pemberitahuan rasmi tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Sultan Johor itu.
“Chua dikhendaki memulangkan kembali darjah kebesaran Sultan Johor itu secepat mungkin,” katanya.
Abdul Rahim turut berkata, sejak penganugerahan darjah kebesaran Sultan Johor itu bermula pada 1886 sehingga kini hanya 712 individu telah menerimanya dan ketika ini hanya 120 penerima yang masih hidup.
Sementara itu di dalam satu kenyataan, Abdul Rahim berkata tiga lain yang turut ditarik darjah kebesaran bersama-sama Chua ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos. —  Bernama
Related Posts with Thumbnails