BREAKING NEWS
Showing posts with label Penipu Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Penipu Rakyat. Show all posts

Betul Le Cakap Lu Bro, KJ Memang 'VAVI'




PETALING JAYA, 17 Jan — Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipetik akhbar Sinar Harian dengan berkata “tidak menarik balik kenyataannya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat” adalah menghina keputusan mahkamah, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini.

Menurut Azmin, ekoran kata-kata Khairy (gambar) tersebut, PKR akan mendapatkan nasihat peguam dan berbincang sama ada akan mengambil tindakan lanjut di atas kenyataan tersebut.

“Kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan pembohongan,” kata Azmin kepada media di ibu pejabat PKR.

Azmin turut mengecam Khairy kerana memberikan gambaran bahawa Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

“Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuan beliau sendiri dihadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

“Keadilan akan meneliti perkara ini dengan peguam dan tidak menolak akan mengambil tindakan semula keatas Khairy yang sangat biadap dan menipu ini,” kat Azmin lagi.

Semalam media melaporkan Anwar telah mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Khairy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun begitu Khairy sebaliknya berkata beliau berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

“Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya.

“Beliau yang saman, beliau minta diselesaikan. Mungkin sebab tidak mahu perbicaraan penuh sebab ada implikasi terhadap beliau,” kata Khairy yang dipetik daripada Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, Azmin menegaskan kenyataan tersebut bertentangan dengan syarat penyelesaian yang berkata: “Oleh kerana defendan (Khairy Jamaluddin) bersedia untuk berkata bahawa beliau tidak berkata kata-kata yang salah serta bertentangan dengan pendirian awalnya, perkara ini dianggap berakhir dan bermakna diselesaikan.”

“Penyelesaian yang dicapai ini bermakna beliau (Khairy) menarik balik fitnah tersebut yang terkandung didalam ucapannya dan kempen Umno sebelum ini.

“Kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur,” kecam Azmin lagi.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu timbalan ketua pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

Panas Berapi!! Hubungan Sulit Muhyiddin Dengan Isteri Nallakarupan Terbongkar??





KUALA LUMPUR, 9 Jan — Peguam pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya, membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan Sabtu ini sebagai “Himpunan Shamsidar”.

Beliau berkata kenyataan tersebut adalah sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar.

“Untuk peringatan Shamsidar tidak pernah dipanggil atau disenaraikan sebagai saksi sebarang kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim.

“Lagipun, kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah kes saman beliau ke atas Utusan Malaysia atas laporan temubual BBC dan tidak melibatkan Shamsidar langsung,” kata Latheefa dalam kenyataan medianya hari ini.

Semalam, Muhyiddin dalam satu kenyataan ketika beliau melawat Negeri Sembilan semalam, berkata “Himpunan Shamsidar” pada Sabtu ini disifatkan sebagai membuang masa kerana dilihat menjadi tempat untuk melindungi pemimpin tertentu.

“Perhimpunan ini bukan memperjuangkan isu nasional mahu pun kepentingan dalam parti, tetapi semata-mata soal peribadi individu tertentu. Mungkin kerana mereka ada muslihat mahu melindungi pemimpin mereka dan takut apa yang berlaku di mahkamah, sebab itulah mereka mengheret penyokong dan rakyat jelata untuk berhimpun.

“Sepatutnya hal seperti ini kita serahkan kepada mahkamah. Jika mahkamah fikirkan ada keperluan individu itu di bawa ke kandang saksi untuk membuat sebarang kenyataan bagi menyokong kes tertentu, itu adalah hak mahkamah,” kata Muhyiddin semalam.

Menurut Latheefa lagi, kes saman Anwar ke atas Datuk K.S Nallakarupan mengenai kenyataan beliau di Utusan Malaysia ditangguhkan di Mahkamah Rayuan kerana pihak pembelaan Nallakarupan masih mempunyai beberapa isu yang belum diselesaikan.

“Jadi, ini benar-benar mengejutkan dan Timbalan Perdana Menteri menipu bila kenyataannya (mengenai Shamsidar) jelas tidak mempunyai asas,” kata Latheefa lagi.


Shamsidar Taharin merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali, yang didakwa oleh Nallakarupan mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang tersebut semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Bagaimanakah perasaan isteri Nallakarupan atau isteri Muhyiddin apabila membaca tajuk artikel yang mengaibkan seperti  ini??.Taktik menyerang peribadi isteri musuh politik adalah sesuatu yang amat tidak beretika dan melanggar norma-norma kemanusiaan.

Fitnah skandal seks kitar semula oleh Umno yang telah mengaibkan maruah isteri Mohammed Azmin Ali dan anak-anaknya tidak boleh diterima sama-sekali.Berpolitiklah secara berhemah dan bertamadun.Adalah amat memalukan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga boleh terlibat dengan fitnah kitar semula yang amat mengaibkan terhadap Shamsidar Taharin ini, kini kredibiliti Muhyiddin Yassin adalah setaraf dengan pencacai-pencacai sampah Umno.Bak kata Perdana Menteri Haji Najib Razak "pemimpin dan pencacai Umno memang macam HARAMJADAH"
 
Umno/BN Terus Menyalak Dengan 'Fitnah Kitar Semula' Yang Sudah Basi
 
Selama 12 Tahun Dr.Mahathir merancang buat fitnah untuk menjatuhkan maruah DSAI. Kemudian dilanjutkan oleh Najib Razak. Tujuannya semata-mata nak mempertahankan kuasa.

Segala fitnah dan jentera kerajaan digunakan secara optimum namun gagal! DSAI tetap dapat sokongan berganda.

Kini serangan tertumpu pada Azmin Ali dan keluarganya. Dengan menggunakan fitnah lama yang dikitar semula iaitu anak kepada pasangan Azmin Ali dan Shamsidar yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kes saham RM 8 Juta.

Pada Jun 1998, Khalid Jafri ada mengeluarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM". Buku ini telah dicetak oleh syarikat yang beralamat milik Tan Sri Rahim Tambi Chik dan disebar di setiap beg di Perhimpunan Agung UMNO 1998.

Khalid juga telah mencabar DSAI jika segala tuduhan itu tidak benar, mengapa DSAI tidak menyaman beliau. (Kata-kata yang sama juga telah digunakan oleh Senator Nalla Karrupan yang diwar-warkan di dalam media kerajaan serta televisyen).

Keangkuhan penulis buku tersebut telah mengundang DSAI memfailkan saman malu terhadap penulis buku tersebut pada 18 Jun 1998 ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Manakala pada 19 Jun 1998 pula, Azmin Ali telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berkaitan isu sama. Ekoran dari laporan polis tersebut, Azmin Ali telah dipanggil untuk disoal siasat dan diarahkan oleh Dato Musa Hassan untuk membuat ujian DNA di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 29 Julai 1998.

Hasil ujian DNA tersebut akhirnya telah diumumkan oleh Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan bahawa Azmin Ali adalah bapa yang sah kepada anaknya. Pada 18 hb Ogos 2005, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Mohd. Hishamudin bin Mohd Yunus telah membuat penghakiman tegas mengesahkan ada konpirasi dikalangan pemimpin tertinggi UMNO.

Mahkamah juga telah membuktikan ada niat yang amat jahat, palsu dan merupakan satu fitnah terancang oleh tertuduh terhadap DSAI dan telah menjatuhkan hukuman terhadap penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh jadi PM" iaitu Khalid Jafri. Khalid Jafri telah dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan disaman RM 4.5 juta! Kini setelah 7 tahun, Umno sekali lagi membangkitkan kembali isu yang sudah lapuk dan basi ini semata-mata untuk memperbodohkan rakyat Malaysia demi menjatuhkan DSAI.

Isu kedua yang kini sedang dimainkan oleh media-media utama kerajaaan adalah isu berkaitan ISU Saham RM 8 JUTA! Pada tahun 1995, Azmin Ali telah disoalsiasat oleh Polis Diraja Malaysia, dan didapati tiada kes dan tidak didakwa. Kemudiannya pada tahun 1998, kesnya dibuka kembali dan dipanggil oleh Pengarah Siasatan Bukit Aman, Dato Nordin Ismail untuk disiasat.

Akhirnya Azmin Ali  tidak didakwa di mahkamah kerana siasatan mendapati   "tiada kes" dan kes terus dibuang! RUJUK BUKU THE SHAFEE YAHAYA STORY (Bekas Pengarah BPR Malaysia) m/s 306! Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Isu saham RM 8 Juta ini adalah satu fitnah dan tuduhan liar yang direka oleh UMNO dan Barisan Nasional bagi memalukan dan memburukkan Azmin Ali dan Parti Keadilan Rakyat

Maka jelaslah kepada kita semua bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO dan balaci-balacinya dalam Barisan Nasional adalah FITNAH PALSU dan BERNIAT JAHAT yang bertujuan menjatuhkan pimpinan utama Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat demi kemenangan parti mereka dalam PRU13 dan seterusnya menyelamatkan mereka dari didakwa sekiranya mereka kalah kelak.

 

Cabaran 'Cover Line' Nazri Aziz Tidak Relevan




SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak relevan kerana beliau telah pun menyatakan pendiriannya akan mengambil tindakan perundangan termasuk membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau yakin dengan bukti-bukti yang didedahkan mengenai anak menteri itu, yang dikaitkan dengan kenderaan milik ahli perniagaan Michael Chia.

Katanya, beliau akan membuat laporan di SPRM 3 petang ini.

Tambahnya, "sekarang bukan soal cabaran, tetapi soal etika politik dan undang-undang."

"Dari etika politik dan undang-undang, sebagai seorang menteri yang menjaga undanga-undang termasuk SPRM, sebelum ini Nazri paling lantang dan kuat mengkritik Shahrizat dalam skandal NFC, sekarang dia sebagai menteri beliau juga perlu disiasat dan berehat sepanjang siasatan.

"Kita pun, dari PKR, akan membuat laporan kepada SPRM pada pukul 3 petang ini, di Putrajaya terhadap Nazri serta kita tidak lupa Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal RM40 juta itu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, Nazri mencabar Rafizi Ramli membuat laporan di SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik Chia.

"Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah.

"Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

"Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, PKR yakin mempunyai bukti yang kukuh dan di samping siasatan SPRM dijalankan, pihaknya akan terus melakukan siasatan terhadap kes itu.

Katanya, Rafizi akan mendedahkan satu-persatu bukti yang diperoleh kepada rakyat dan Nazri perlu menjawabnya dengan cara "politik."

"Di samping SPRM melakukan siasatan, kita PKR akan terus membongkar dan mencari bukti untuk kes itu.

"Dan, Nazri mesti menjawabnya dengan cara politik," katanya.

OLEH JAMILAH HAMZAH

Demi MCA Najib Sanggup Agamanya Dipijak-Pijak Oleh Chua Soi Lek



Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.

Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.  BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.

Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai ‘dignity’ sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.

Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakunan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat Johor beberapa tahun dahulu dari takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.

Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh di cap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka dari menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang.

Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. UMNO sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama UMNO berdiam diri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong-penyokongnya sendiri.

Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka UMNO akan diperkuda oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya di serang setiap masa. Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini. BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang ‘conclusive’ bahawa MCAlah yang paling ‘chauvinistic’ dan bukannya DAP.

UMNO bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin UMNO khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana UMNO dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana UMNO hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu.

Dalam keadaan sekarang UMNO akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, ‘yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran’. Makna nya saki baki sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh di harap untuk membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.

Kalau diintai dan diselidik secara terperinci UMNO sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. UMNO tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan UMNO hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Yang bekerja dalam UMNO hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah UMNO sudah mati diperingkat ‘grass-root’. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk UMNO itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya.

Penyokong-penyokong UMNO tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi. UMNO sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami ‘brain death’. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah UMNO sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. UMNO benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini.

UMNO sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan ‘glamour’ dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.

Kepada saki baki penyokong UMNO, janganlah mempertahankan UMNO itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu.  Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa UMNO itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.

Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini ‘celaka’ orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya di adakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang ‘orphanage’. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali.

Kepada UMNO dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.

Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air dalam tunggak itu boleh lah sikit-sikit.

Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin UMNO yang ‘desperate’ itu. Jika UMNO mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana UMNO pernah di bunuh oleh pemimpin mereka sendiri.

Bezanya kali ini UMNO akan dibunuh oleh rakyat.


SUMBER

Kemana Mahathir 'PEDIAH' Wang Pampasan RM207 Bilion Tu??



KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kementerian sepatutnya memberikan penjelasan bagi memastikan dana tersebut segera diagihkan kepada waris.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini.  Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Ia telah disiarkan Harakahdaily dan Harakah cetak pula telah menyiarkan laporan ini di muka depannya.

Dalam laporan itu, Nizar melalui ucapan di Parlimen mendedahkan kerajaan Jepun telah memberikan wang pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion untuk diserahkan kepada waris buruh paksa landasan kereta api terbabit.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.

Dalam pada itu, Nizar turut melahirkan rasa kesal apabila individu yang membekalkan maklumat tersebut telah dihubungi pihak tertentu kerana bertindak mendedahkan perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan individu yang memaklumkan kepada saya tentang perkara ini telah pun dihubungi pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan mendedahkan maklumat tersebut kepada saya,"  dakwa beliau.

Bagi Nizar, ia satu tindakan ancaman kepada pemberi maklumat berkenaan.

Soalnya, tambah Nizar individu tersebut terpaksa mendedahkan perkara itu kepada beliau memandangkan ia sudah tertangguh sekian lama.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, selain menyegerakan pembahagian wang pampasan itu kepada waris mangsa.

Oleh Anis Nazri,

Maha 'Putar Belit' Dan Maha 'Lidah Bercabang'



(ULASAN) Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai "pengkhianat" negara.

Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan "kesan tom yam" keruntuhan mata wang bath.

Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an.

Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa "pengkhianat" sewaktu di puncak kuasanya.

Mahathir mempergunakan Malaysiakini - seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros - waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya.

Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara.

Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum.

Dana gelap kepada Abramoff

Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000.

Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore - sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat - yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur.

Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002.

Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia.

Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush.

Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff - bersama taktik gelap pelobi itu sendiri - menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya.

Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut.

[Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.]

Bolak balik persabahatan & perseteruan Dr M

Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan.

Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas "anak didiknya" menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula.

Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini.

Sikap sebegini - berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan - sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an.

Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah.

Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini.

Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini.

Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah.

Lidah orang politik

Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan "undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros"!

Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang - perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan.

Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu.

Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu.

Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama - dan "NGO seperti Malaysiakini" itu juga - kini dianggapnya "ejen Soros" untuk "menukar rejim" BN.

Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu.

OLEH FATHI ARIS OMAR
(Ketua Pengarang Malaysiakini)

Kantoi!! Media Penjilat Umno/Bn Putar Belit Komen Wakil PBB Mengenai Rasuah



Wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah persidangan antarabangsa baru-baru ini berkata komen beliau telah disalah tafsir oleh pihak media.

NONEDimitri Vlassis (kiri), yang merupakan ketua cawangan rasuah dan
jenayah ekonomi UNODC berkata, beberapa komennya semasa sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur 10 hari yang lalu telah disalah faham atau diambil di luar konteks.

Vlassis berkata beliau mahu membuat penjelasan kerana komennya itu telah "disalah tafsir dan mungkin telah menimbul tanggapan yang silap".

Menurut wakil PBB itu, beliau memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tahunan keenam Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Kuala Lumpur.

Semasa sidang akhbar tersebut, Vlassis berkata, beliau telah ditanya mengenai persidangan IAACA dan sama ada perbelanjaan untuk mengadakannya itu berbaloi.

NONEKatanya, beliau menjawab persidangan memenuhi tujuan yang
sangat berguna dalam mengumpulkan agensi-agensi pakar tersebut bersama, dan membantu mereka bertukar pandangan dan pengalaman serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Menurutnya, UNODC menyokong IAACA sejak penubuhannya dan menganggap setiap peluang untuk mencapai matlamat tersebut sebagai wajar dan berguna.

"Saya memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas layanan kepada semua peserta, termasuk diri saya dan rakan-rakan lain dari UNODC atau UNDP," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini semalam.


SUMBER

Pemimpin Umno/BN Hanya Fikir Untuk 'Buncitkan Perut' Sendiri



LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya memikirkan ‘perut’ mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?

“Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat” katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang dihadiri ribuan rakyat.

Ketua Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset ‘mak bapak’ mereka.

“Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita bertanggungjawab.

“Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat,” katanya.

Anwar juga kesal kerana Umno BN cuba meracuni fikiran rakyat berikutan hubungannya dengan pemimpin dan rakyat keturunan Cina.

“Saya kawan dengan orang Cina yang baik. Kamu kawan sama Cina yang rasuah,” katanya merujuk hubungan Umno dengan MCA.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak meniru kezaliman wakil rakyat Umno BN apabila Putrajaya ditawan kelak.

“Dulu curi balak. Bila ubah, kita curi jugak. Dulu roboh rumah, tukar. Kita roboh jugak – itu bukan islah, bukan reformasi. Jangan macam wakil rakyat Umno BN,” katanya.
Related Posts with Thumbnails