BREAKING NEWS
Showing posts with label Pemuda Umno Perkauman. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Umno Perkauman. Show all posts

Betul Le Cakap Lu Bro, KJ Memang 'VAVI'




PETALING JAYA, 17 Jan — Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipetik akhbar Sinar Harian dengan berkata “tidak menarik balik kenyataannya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat” adalah menghina keputusan mahkamah, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini.

Menurut Azmin, ekoran kata-kata Khairy (gambar) tersebut, PKR akan mendapatkan nasihat peguam dan berbincang sama ada akan mengambil tindakan lanjut di atas kenyataan tersebut.

“Kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan pembohongan,” kata Azmin kepada media di ibu pejabat PKR.

Azmin turut mengecam Khairy kerana memberikan gambaran bahawa Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

“Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuan beliau sendiri dihadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

“Keadilan akan meneliti perkara ini dengan peguam dan tidak menolak akan mengambil tindakan semula keatas Khairy yang sangat biadap dan menipu ini,” kat Azmin lagi.

Semalam media melaporkan Anwar telah mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Khairy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun begitu Khairy sebaliknya berkata beliau berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

“Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya.

“Beliau yang saman, beliau minta diselesaikan. Mungkin sebab tidak mahu perbicaraan penuh sebab ada implikasi terhadap beliau,” kata Khairy yang dipetik daripada Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, Azmin menegaskan kenyataan tersebut bertentangan dengan syarat penyelesaian yang berkata: “Oleh kerana defendan (Khairy Jamaluddin) bersedia untuk berkata bahawa beliau tidak berkata kata-kata yang salah serta bertentangan dengan pendirian awalnya, perkara ini dianggap berakhir dan bermakna diselesaikan.”

“Penyelesaian yang dicapai ini bermakna beliau (Khairy) menarik balik fitnah tersebut yang terkandung didalam ucapannya dan kempen Umno sebelum ini.

“Kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur,” kecam Azmin lagi.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu timbalan ketua pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

Amy 'Search' Terkejut!! Pemuda Umno Lebih Bodoh Dari 'Lembu Shahrizat'

Siapakah yang pilih mangkuk baghal nih jadi exco pemuda umporno??


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berasa pelik, dan ,menganggap ianya keterlaluan apabila sebuah parti tua yang mendabik dada bahawa hagemoni mereka tidak akan pernah lupus dari bumi Malaysia ini, sekonyong-konyong mendakwa parti mereka adalah pilihan Tuhan, untuk menjalankan tanggungjawab memerintah negara ini dan atas dakwaan pendek akal itu, memaksa pembodohan terus bersarang dalam pemikiran anak muda negara tercinta ini.

Amat malang buat semua, apabila Exco Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih bangga dipanggil Umno, mendakwa dalam ucapannya bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja perubahan di negara ini.

Maka jelas terbentang kerja-kerja pembodohan minda yang ingin dilakukan oleh Reezal Merican ini yang secara mudah menganggap anak muda akan bermuhasabah menerima kenyataan penuh dangkal itu dan tetap bersama penyelewengan mereka.

Banyak tanggapan untuk memperlekehkan ucapan Reezal Merican boleh ditulis, tetapi AIC melihat dari beberapa sudut mengapa ucapan-ucapan politik selemah itu harus wujud dalam waktu seharusnya jiwa-jiwa besar memainkan peranan dalam membangunkan semangat kenegaraan yan kian lumpuh. Pertamanya adalah betapa Pemuda Umno, sebagai sayap parti pemerintah sudah merasakan ‘faktor ketakutan’ melanda mereka.

Mereka tidak lagi bertemu dengan golongan anak-anak muda yang sanggup bersama mereka dalam arus hebat menahan asakan pembangkang menuju Pilihanraya Umum ke 13.

Mereka tidak lagi melihat anak muda, tanpa diberi bayaran dan ganjaran material akan duduk tegap bersama mereka melakar kembali beberapa detik kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu waktu dulu.

Maka Reezal Merican, dalam penilaian pendeknya merasakan, mengheret kalimat Tuhan kedalam ucapan itu bakal sahaja menambah seni ucapan malah mungkin menambah saham beliau sebagai pemimpin masa depan dalam parti tua itu.

Faktor kedua adalah terdesak. Ucapan Reezal Merican adalah mewakili keresahan dan rasa terdesak pembesar-pembesar Umno yang jelas buntu dengan kemaraan penentangan rakyat terhadap mereka.

Jika diperhalusi, setiap tohmahan dan skandal yang cuba mereka palitkan pada pembangkang akhirnya ditepis dengan mudah dan mereka terus dihantui dengan skandal penyelewengan besar-besaran yang semakin menyekat salur pernafasan mereka. Sesak, dan mereka mencuba untuk mengheret kalimat Tuhan bagi memberikan sedikit ruang bernafas kepada diri mereka sendiri.

Faktor terakhir adalah kebodohan. Reezal Merican mewarisi kegagalan pembesar-pembesar Umno yang lain yang sering tidak mempunyai isi dalam ucapan mereka.

Mereka lebih mementingkan gah serta gaya, mungkin sedikit pandai memainkan emosi tetapi kegagalan langsung mereka adalah menyampaikan mesej dan akhirnya apa yang diperjuangkan mereka separuh abad lalu tenggelam sedikit demi sedikit , sehingga akhirnya Umno pasti terdesak sehingga bakal memaksa rakyat khususnya untuk terus bernaung dibawah kebodohan dan kezaliman mereka.

AIC yakin anak muda menolak saranan seumpama itu, dan tidak akan membiarkan Reezal Merican mempelopori kerja-kerja pembodohan minda ini dengan sewenang-wenangnya. Pertembungan ini adalah pertembungan nilai, pertembungan strategi dan pertembungan idea. Memang benar Tuhan wujud dalam setiap keadaan, tetapi mendakwa Umno adalah pilihan Tuhan, adalah satu fasa paling gelap penelitian tahap kecerdikkan ucapan politik.

Mari sebentar menoleh ucapan Winston Churchill dalam membangkitkan semangat rakyatnya ketika mengalunkan ucapan, Darah, Kederat, Air Mata dan Keringat yang begitu popular. Tidak ada satu kalimat Tuhan pun diseret dalam ucapan tersebut, kerana Churchill percaya tugasnya adalah untuk menyemarakkan semangat juang dan menjual nilai, bukan mencampuri urusan keyakinan diri rakyatnya kepada Tuhan yang sama sekali tidak wujud dalam politik.

Malah gaya hidup dan amalan yang dipraktikkan Umno tidak selari jika ucapan Reezal Merican dijadikan pedoman oleh pengikut Umno bawahan. Skandal penyelewengan harta negara, pengkayaan kroni, salahguna kuasa, keborosan dan pengkhianatan negara yang dilakukan oleh Umno tidak pernah akan menyokong tanggapan Reezal Merican bahawa Tuhan meredhai pemilihan Umno sebagai tunjang seterusnya negara tercinta ini.

Reezal Merican lupa, beberapa generasi kafir Quraisy ‘dipilih’ Tuhan untuk menjadi penjaga Kaabah. Reezal Merican lupa, ratusan tahun dinasti Firaun memerintah Mesir ‘dipilih’ Tuhan untuk memerintah, sehingga akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan. Maka Umno juga mungkin ‘dipilih’ Tuhan, tetapi sebagai satu peringatan kepada semua, tanpa keinsafan dan sedar diri, amanah yang dipikul boleh menjadi azab yang membebani diri di kemudian hari.

Rakyat semakin menolak Umno, dan rakyat menolak projek pembodohan minda yang Reezal Merican cuba lakukan dan melawan kezaliman dan ketidakadilan Umno, adalah satu hak yang dituntut dalam perjalanan kita sebagai generasi penggerak zaman.

 Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

Alahai!! Neelofa!! Pemuda Umno 'TERKANTOI' Dengan Pindaan Seksyen 114A




KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Beban menyediakan bukti berada di bahu Pemuda Umno untuk menunjukkan bukan mereka yang menaikkan poster kontroversi di laman Facebook pergerakkan tersebut yang menyatakan mengundi Pakatan Rakyat (PR) bersamaan dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia — disebabkan pindaan undang-undang baru-baru ini, kata peguam.

 Pemuda Umno mendakwa bahawa orang yang meletakkan poster kontroversi “tidak diberi kuasa” dan  laman Facebook tersebut bukan milik pergerakkan tersebut.

Poster yang dinaikkan Sabtu lalu telah dikeluarkan pada hari yang sama, mencadangkan bahawa undi kepada PR akan menyebabkan agama Kristian menggantikan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tulisan yang tertera di poster tersebut berbunyi, “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son (Tuhan merahmati anda).”

Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah ke atas posting di Facebook yang tidak mereka lakukan, ia akan menjadi ujian bagi seksyen 114A  yang baru dikuatkuasakan dan telah mendapat tentangan meluas daripada orang ramai.

Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Seksyen 114A akan memberi suatu anggapan bahawa Pemuda Umno telah menerbitkan poster tersebut, tetapi menambah bahawa “fakta ini masih belum diuji di mahkamah” lagi.

Salah satu yang dicipta oleh seksyen 114A akta keterangan adalah jika ada penerbitan, dan entiti mempunyai nama, gambar atau nama samaran yang muncul di dalamnya menggambarkan sebagai sebagai pemilik, tuan rumah, pengarang, atau pengarang atau dalam apa-apa cara yang membuktikan penerbitan itu, entiti tersebut dianggap telah menerbitkan ia.

“Tetapi katakanlah, untuk apa jua alasan, Pemuda Umno didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempromosikan kebencian yang diantara masyarakat Islam dan Kristian, anggapan fakta akan beroperasi,” kata Syahredzan.

“Apa yang pihak pendakwaan perlu lakukan adalah membuktikan bahawa Pemuda Umno yang dinyatakan pemilik atau pentadbir halaman Facebook itu,” katanya, mencatatkan bahawa ia adalah “agak mudah untuk berbuat demikian” oleh kerana halaman “menyatakan diri mereka sebagai pemuda Umno”.

Sebaik sahaja dibuktikan, pemuda Umno akan “dianggap pemilik laman Facebook tersebut” dan mereka harus “membuktikan anggapan itu salah”, tambahnya lagi.

“Ini adalah satu contoh yang sempurna kemustahilan dan ketidakadilan seksyen 114A dalam operasi.”

Perdana Menteri dalam mesejnya di Twitter minggu lalu berkata kabinet akan mengkaji semula undang-undang tersebut selepas beberapa pertubuhan — termasuk Majlis Peguam Malaysia — memilih untuk menggelapkan laman web mereka sebagai isyarat penentangan mereka terhadap undang-undang tersebut.

Walaubagaimanapun, keesokkan harinya menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan bahawa undang-undang itu akan kekal.

Foong Cheng Leong, jawatankuasa IT majlis peguam Kuala Lumpur, bersetuju dengan Syahredzan, mengatakan bahawa “jika kita mengikuti 114A, melihat subseksyen 1, ia seolah-olah Pemuda Umno adalah penerbit poster”.

Beliau berkata terdapat “tanggapan bahawa ia adalah halaman sah Pemuda Umno”,  laman Facebook, yang mempunyai lebih daripada 50,000 tanda “suka”, logo Pemuda Umno dan gambar presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Foong berkata bahawa seksyen 114A jelas pada beberapa perkara, mengatakan bahawa ia “tidak mengatakan apabila anggapan dipatahkan”.

“Kita tidak tahu jika laporan polis adalah mencukupi untuk menangkis anggapan,” katanya, mengatakan bahawa “kita sedang berada di peringkat yang tidak diketahui”.

“Media boleh pergi dan memberitahu semua orang bahawa Pemuda Umno adalah penerbit poster? Bolehkah media menerbitkan ia sebagai fakta kerana dalam undang-undang ia dianggap sebagai fakta?” soalnya.

Apabila ditanya sama ada terdapat mana-mana undang-undang untuk Pemuda Umno gunakan di mahkamah, peguam itu berkata “tiada pengecualian di bawah 114A” dan “satu-satunya perkara yang mereka boleh lakukan adalah keluar dengan bukti bahawa ia bukan milik mereka”.

Peguam Faisal Moideen berkongsi pandangan Foong, mengatakan bahawa “membuat laporan polis mungkin tidak cukup kerana ia seolah-olah menjadi penafian kosong”.

Beliau mempertahankan undang-undang, menekankan bahawa ia tidak mengenakan anggapan bersalah tetapi hanya anggapan fakta penerbitan.

“Akhirnya, ia tidak bermakna mereka telah melakukan jenayah,” katanya, sambil menambah bahawa “ia mengambil masa lebih daripada penerbitan hanya untuk membuat orang bersalah”.
Berdasarkan bacaan undang-undang, beliau berkata “anda tidak perlu untuk menunjukkan siapa yang melakukannya, anda perlu menunjukkan anda tidak menyiarkan” untuk menangkis anggapan tersebut.

Oleh Ida Lim
Related Posts with Thumbnails