BREAKING NEWS
Showing posts with label Najib Tolak Hudud. Show all posts
Showing posts with label Najib Tolak Hudud. Show all posts

Kenapa Najib Terlalu Takut Untuk Mengulas Kenyataan Chua Soi Lek Mengenai Hudud??

   
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

Ulama Umno Terus Lena Dibuai Mimpi RM!!

Lena sungguh puak2 ni no..pakat2 dok pikiaq duit x cukup2..pakat2 dok ligan nak jadi orang besaq..sampai kawan satu kelambu dok perlekeh Islam kaw2 pun dok buat bodoh saja no..ulama ka depa ni?? atau pun ulardalamsemak!!


KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

“Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara.

“Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?” soal Riduan.

Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud.

“Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru.

Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini.

“Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN,” tegasnya.-Harakahdaily

MCA Berjanji Akan Menentang Undang-Undang Islam Secara Habis-Habisan



TERBARU 'JANJI DITEPATI' versi MCA! Nampaknya Umno terpaksa fikirkan balik hubungannya dengan MCA dalam BN...umat Islam tuntut Umno halau MCA dari BN, ATAU...Umno keluar BN dan sertai PAS demi maslahah ummah!!!



"MCA menentang hukum Allah = haram undi MCA...UMNO senyap (tanda setuju) = haram juga undi UMNO"...<--- agak2 ulamak umno 2 juta, ulamak muda umno dan puak gerombolan songkok tinggi berani xkeluar fatwa mcm ni sebagaimana fatwa yg dikeluarkan pada DAP...jangan harap...kikiki
Satu lagi tamparan hebat pd Umno...tp mcm biasa..mereka akan sedaya upaya tutup cerita ini dari pengetahuan rakyat, dan terus menyalak menyalahkan DAP dan PAS....korang fikirlah sendiri..-A.B.U




ENTRY HOT..Adun Umno yang mencadangkan hukum hudud (melalui Twitter) digelar HILANG AKAL (GILA) Oleh presiden MCA...tapi sehingga sekarang, tiada seorang pun pemimpin dn ulamak Umno yg bersuara, mempertahankan ADUN umno tersebut dan menentang ucapan Chua Soi Lek...Nak tanya juga cai2 Umno, undi MCA haram ke halal?...kikiki-A.B.U


Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Bongkar!! Bukti-Bukti Umno Dan MCA Menolak Hudud


Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA
 

MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud


KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.


Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

Tuan Ibrahim  berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.

"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan.  Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.

Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.

Tahaluf Siasi

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.

Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.

"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR.  Begitu juga DAP.  Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

Oleh Anis Nazri
Related Posts with Thumbnails