BREAKING NEWS
Showing posts with label #DoakanMH370. Show all posts
Showing posts with label #DoakanMH370. Show all posts

Tragedi MH370: Kenyataan Penuh MAS




Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengan tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Selatan Lautan Hindi - PM


 

PETALING JAYA:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat daya Australia.

Beliau yang bercakap dalam sidang media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth, Australia.

Najib menambah, syarikat Immarsat telah mengesan pesawat itu terbang di sepanjang koridor utara dan selatan, dan mengenal pasti laluan penerbangan terakhir menerusi teknologi canggih.

"Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan MH370 itu. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.

"Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Najib berkata, satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370.

Beliau menambah, ia merupakan peluang terawal untuk menunjukkan komitmen dan penghormatan kepada keluarga penumpang dan anak kapal, dan prinsip dalam penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.

“MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal. Saya tahu berita yang paling baharu ini merupakan sesuatu yang begitu sukar bagi kita semua," katanya.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Oleh: IWAN SHU -ASWAD SHUAIB

Penganalisis IT India Temui Imej Pesawat MH370 Di Kepulauan Andaman

Inilah imej yang ditemui oleh penganalisis IT India, Anoop Madhav Yeggina pada kedudukan di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.



NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama  239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. --- Bernamaesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. - Bernama

Kenapa Kapten Zaharie Yang Sedang Bercuti Dipanggil Balik Untuk Menerbangkan MH370 Ke Beijing?



 
Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.




Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama R. Sivarasa merangkap Ahli Parlimen Subang, dalam sebuah majlis anjuran PKR.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?



Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama penyanyi  pujaannya, Mila AF.
 

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman.

Oleh Zulimran Nasution Abdullah Omar

Apa Yang Kita Tahu Dan Tidak Tahu Mengenai Kehilangan Pesawat MH370



Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.

Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan. Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.

Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.

Associated Press memetik pegawai yang enggan dinamakan dan terlibat dalam penyiasatan berkata, sabotaj bukan lagi teori, sebaliknya "konklusif". Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Ketika pendedahan terbaru Najib itu, berikut adalah beberapa perkara yang kita tahu dan tidak mengenai pesawat MH370, yang kini dikenali sebagai "misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku" sebelum ini.

Apa yang kita tidak tahu:

* Lokasi sebenar pesawat MH370. Ia hilang disekitar kawasan utara Selat Melaka selepas ping terakhirnya pada jam 8.11 pagi, 8 Mac 2014.

* Keadaan semua 227 penumpang dan 12 krew penerbangan.

* Pihak yang mengemudi MH370 selepas hilang daripada radar.

* Pihak yang mematikan talian komunikasi pesawat pada 1.07 pagi dan transponder pada 1.21 pagi, Sabtu lepas.

* Motif kehilangannya. Masih lagi menjadi teka-teki.

* Sama ada di utara atau selatan Selat Melaka.

Misi mencari dan menyelamat kini terarah ke kawasan utara koridor dari Thailand ke Kazakhtan/Turkmenistan dan selatan koridor dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Apa yang kita tahu:

* Pesawat tidak berada di Laut China Selatan. Misi pencarian dihentikan meskipun terdapat penemuan beberapa tompokan minyak, serpihan dan gelombang seismos.

* Sistemnya dimatikan dengan sengaja berasingan sebelum hilang.

* Pesawat tidak memasuki ruang udara Vietnam.

* MH370 mempunyai 7.5 jam baki bahan api pesawat apabila ia hilang.

* Tidak terhempas ketika hilang.

* Mengubah haluan dan ketinggian

* Pesawat itu merentasi Semenanjung Malaysia di sempadan Thailand

* Kali terakhir komunikasi dengan sistem pesawat pada 8.11 pagi, Sabtu, hampir tujuh jam selepas hilang daripada radar.

* Terdapat dua warga Iran menggunakan pasport palsu dengan kerakyatan Itali dan Austria yang dicuri di Thailand sekitar dua tahun lalu.

* Seorang lelaki mempunyai pasport dengan nombor siri yang sama dengan seorang warga China di Fujian, China.

* Interpol berkata terdapat beberapa penumpang dengan pasport yang meragukan.

* Terdapat penulis kaligrafi China, pegawai kerajaan, pasangan bercuti, dua orang bayi dan 20 pekerja kilang elektronik Freescale dalam pesawat.

* Ia pesawat berkongsi kod China Southern Airlines. Dua lelaki menggunakan pasport palsu membeli tiket mereka bersama melalui ejen di Pattaya, Thailand sehari sebelum berlepas.

* Kehilangan pesawat membawa perhatian kepada lingkaran khusus mencuri dan menjual pasport curi di Thailand.

* Juruterbangnya berusia 53 tahun dengan 18,000 jam rekod penerbangan dan mempunyai simulator pesawat B777 di rumahnya. Kediamannya diserbu hari ini.

* Pembantu juruterbang berusia 27 tahun dengan rekod penerbangan 2,700 jam.

* Malaysia Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia selepas Qantas dan Singapura Airlines. Hanya dua insiden kemalangan direkodkan setakat ini, dengan salah satunya disabotaj.
– 15 Mac, 2014.


SUMBER

Pasukan SAR Tidak Temui Petanda Pesawat MH370 Di Kawasan Yang Dikesan Satelit China



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan tiada sebarang petanda ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikawasan objek terapung yang dikesan satelit China, lapor APTN.

"Tidak ada apa-apa, kami ke lokasi tersebut, tidak ada apa-apa," katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, Ketua Penerbangan Awam China, Li Jianxiang  berkata tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit itu di Laut China Selatan berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Ia berkedudukan di koordinat  longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Pemangku Menteri Pengangakutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui akaun Twitternya hari ini mengesahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China.

CNN juga Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dihantar ke kawasan tiga objek dikesan satelit China.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

(www.astroawani.com)


Tentera Malaysia Dakwa Berjaya Kesan MH370 Di Selat Melaka



Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitud lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.

Akhbar Berita Harian yang pertama melaporkan perkembangan itu, memetik Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, sebagai berkata mereka menjejak isyarat itu ke Pulau Perak, pantai barat negara.

“Kali terakhir pesawat itu boleh dikesan oleh menara kawalan ialah berhampiran Pulau Perak, iaitu di Selat Melaka pada 2.40 pagi.

“Selepas itu, isyarat daripada pesawat itu hilang,” katanya.

Secara kebetulan, kenyataan pertama Malaysian Airlines mengenai kehilangan pesawat itu pada Sabtu menyatakan menara kawalan terputus hubungan dengan pesawat berkenaan pada 2.40 pagi tetapi ia kemudian dibetulkan kepada 1.30 pagi.

Ia juga dilaporkan bahawa unit kawalan dan pengawasan udara Singapura turut mendapati ada isyarat MH370 “berpatah balik sebelum ia dilaporkan berada pada ketinggian 1,000 daripada altitud asal di 10,000 meter”.

Ramai yang melaporkan pesawat itu, Boeing 777-200ER hilang kira-kira jam 1.30 pagi ketika terbang di atas Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan selatan pantai Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan hilang daripada radar dan lokasi terakhir yang diketahui ialah 065515 Utara (longitude) dan 1033443 Timur (latitude).

Keadaan itu disokong dengan laporan polis yang dibuat beberapa penduduk di pantai timur yang mendakwa mereka terlihat cahaya besar dan kapal terbang terbang terbang rendah 1,000 meter dari aras laut di Kota Baru, Kelantan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui petanda pesawat itu berada di dalam air di Laut China Selatan.

Indikasi yang menunjukkan MH370 mungkin berpatah balik mendorong operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.

Operasi mencari pesawat hilang itu membabitkan pasukan tentera dan pihak berkuasa dari Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat selain Malaysia.

Hari ini adalah hari keempat operasi SAR dijalankan. – 11 Mac, 2014.-TMI


Related Posts with Thumbnails