BREAKING NEWS

Persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN di Perak adalah untuk memastikan Barisan Nasioal tidak diaibkan dengan kekalahan lagi di PRU yang akan datang



MAFIABOSS ONLINE:

Perak tidak akan berpilihanraya selagi Suruhanjaya Pilihanraya belum habis menyiapkan kerja-kerja persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN di Perak.Ia adalah untuk mempastikan Barisan Nasioal tidak diaibkan dengan kekalahan lagi seandainya pilihanraya diadakan di negeri itu, demikian tegas seorang pemerhati politik


“Pilihanraya yang lepas menunjukkan bahawa negeri Perak telah jatuh ke tangan pembangkang dengan kebanyakan kerusi di bandar telah dirampas oleh Pakatan Rakyat. SPR dipercayai menjadi kuda tunggangan BN untuk mempersempadankan semula Perak supaya kawasan Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh BN akan dapat ditambah dengan mengecilkan kawasan luarbandar dan melebarkan kawasan sebelah bandar,” tegasnya.


“Hal yang serupa mereka telah dan akan lakukan di Wilayah Persekutuan dan Selangor, dan juga di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang,” tambahnya.


Dalam satu perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kerajaan Haram BN Perak, Zambry Abdul Kader menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan langkah persempadanan semula dilaksanakan.


“Jika perlu diadakan, kita tidak ada masalah,” katanya.


Beliau menolak dakwaan gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.


Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata gerakan itu dilaksanakan secara agresif mulai Januari ini dengan tujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengukuhkan semangat antara parti komponen BN.


“Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat (yang layak) mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu bagi peringkat Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.


Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. -GB/detikdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails