BREAKING NEWS

Penyanyi Curi Telefon Bimbit di Singapura DiKenal Pasti Mamat Exist.



MAFIABOSS ONLINE:
Kita layan cerita artis pulak...lari sikit dari topik politik tanahair...
Kesahihan berita ini hampir 100% kerana ada akhbar dari Singapura yang melaporkan berita ini beserta nama Mamat.

Semalam, Mamat dilaporkan dilepaskan dengan ikat jamin oleh seorang saudaranya yang menetap diSingapura. Kes Mamat ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Pelakon yang telefon bimbitnya telah dicuri itu mendakwa ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihankan anak-anak beliau, namun pihak polis Singapura tidak membenarkan tindakan sedemikian.

Kami sedih melihat keadaan Mamat hari ini, sudahlah sedang dalam proses penceraian dengan isteri dek kerana kehadiran orang ketiga, kini terlibat pula dalam kes mencuri.

Walaupun tuduhan yang akan dikemukakan mungkin bersifat minor, tetapi peluang kedua yang diberikan oleh peminat hiburan selepas titik hitam dahulu tidak dihargai sepenuhnya oleh Mamat.

Kami doakan semoga ada jalan keluar yang lebih tenang buat Mamat dengan bertaubat dan sujud kepada Allah dengan penuh keinsafan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails