BREAKING NEWS

Malaysia harus diisytiharkan sebagai “Shopping Desitination of the World.” Ternyata, apa pun boleh dibeli di sini,termasuk hakim, kebenaran sehinggalah kerajaan negeri.

MAFIABOSS ONLINE:


Malaysia harus diisytiharkan sebagai “Shopping Desitination of the World.” Ternyata, apa pun boleh dibeli di sini — termasuk hakim, kebenaran sehinggalah kerajaan negeri.Dalam minggu ini, kita ternampak kemunculan balik P. Balasubramaniam, yang mendakwa beliau ditawarkan RM 5 million untuk menarik balik akuan bersumpah beliau bertarikh July 1, 2008.


Akuan bersumpah tersebut mengaitkan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak secara amat terperinci dan penuh dengan butir-butir yang mengejutkan seluruh Malaysia.
Sehari selepas akuan tersebut didedahkan, Bala membuat akuan baru yang membatalkan akuan pertamanya dan seterusnya menghilangkan diri. Ramai yang mensyaki beliau diugut atau diberi ganjaran untuk melenyapkan diri.
Kini, Bala telah muncul untuk mengakui sendiri kebenaran ini, dengan pendedahan melalu video tawaran RM 5 million serta pelawaan untuk bermesyuarat dengan pihak tertentu di Putrajaya.
Agen-agen yang berurusan dengan Bala didakwa dekat kepada Perdana Menteri dan isterinya.
Perdana Menteri yang sama sering dikaitkan dengan usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Usaha-usaha Pakatan Perak untuk mendapat pengiktirafan sebagai kerajaan di mahkamah telah gagal sama sekali, termasuk kes terkini di mana usaha Speaker DUN Perak Sivakumar untuk menyaman Ketua Setiausaha Negeri tidak dibenarkan oleh makhamah.
Kes Perak turut bermula dengan tiga ahli dewan undangan negeri yang dikatakan diberi ganjaran hebat untuk mengisytiharkan diri sebagai bebas (tetapi sokong BN).
Kes rasuah yang paling parah adalah kes yang melibatkan sistem kehakiman negara sendiri.
Kegagalan kerajaan Datuk Seri Najib Razak untuk mendakwa Datuk VK Lingam walaupun didapati bersalah oleh Suruhanjaya Diraja menunjukkan bahawa institusi terpenting yang diberi amanah keramat untuk meneggakkan integriti negara boleh dicemarkan dan dilacurkan dengan begitu terbuka tanpa dikenakan apa-apa hukuman langsung.
Bagaimana dengan penguatkuasa undang-undang?
SPRM turut mendiamkan diri dalam kes Lingam, PKFZ dan seterusnya, manakala saksi dalam kes RM 2,400 boleh dijumpa mati di sebelah bangunan SPRM.
Polis pula didakwa diberi gambar di mana Najib, Razak Baginda dan Altantuya dilihat makan bersama oleh Honorary Consul Mongolia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi. Sekiranya benar, apakah yang telah dilakukan oleh polis kepada gambar tersebut? Kenapakah tidak didedahkan demi mencari kebenaran dan keadilan?
Dengan persepsi begitu negatif terhadap penguatkuasa undang-undang di Malaysia, pihak-pihak seperti Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein masih sanggup menyalahkan rakyat pulak kerana memandangkan buruk polis dan konnonya akibat itu, menyebabkan peningkatan kadar jenayah.
Sedihnya, tuduhan tersebut tidak boleh dinilai tanpa penggunaan perkataan ‘bodoh’.
Dengan ahli-ahli sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang dipandang begitu rendah dan dibelengui tuduhan rasuah, kita terpaksa tanya: apakah rakyat Malaysia begitu gilakan duit sehingga tiadapun sebarang yang tidak boleh dijual beli?
Mungkin tidak, tetapi kita sebagai rakyat tidak boleh salahkan sesiapa kecuali diri kita kerana telah kian lama membenarkan dewa-dewa duit berleluasa dan bermaharajalela di bidang politik dan undang-undang negara.
Sekiranya kita ingin membasmi kejadian rasuah dan budaya dewa wang di Malaysia, kita mesti bermula dengan berusaha sedaya upaya untuk menyingkirkan setiap daripada mereka yang telah mewujudkan, mengamalkan atau membenarkan berlaku amalan rasuah dan politik wang di negara kita.
Selagi wakil rakyat yang kita pilih masih terdiri dari sang perasuah dan mereka yang enggan berjuang serta terus mendiamkan diri, tidak akan hilang gejala ini di Malaysia, dan tidak akan rakyat selamat dari mereka yang rakus kuasa serta mengguna duit rakyat sendiri untuk menindas rakyat dan membeli “kebenaran”.
Sumber:themalaysianinsider

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails