BREAKING NEWS
Showing posts with label Pencacai Umno. Show all posts
Showing posts with label Pencacai Umno. Show all posts

Kami Mengutuk Sekeras-kerasnya 'Mamak Spesis Lembu NFC' Ini !!



Akhirnya Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Bertindak..
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri KS Bawani dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari KS Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum.

Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan.

Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar. 


Oleh  Juragan 


Kita lihat pula komen-komen pedas dari Dr Asri Zainal Abidin,Mufti Perlis Dr Juanda dan Dato Saifuddin terhadap tindakan biadap dan bodoh Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia terhadap KS Bawani iaitu seorang pelajar jurusan undang-undang di UUM.


Jawapan Kepada Fitnah Blogger 'Parti Haramjadah Umno'



Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan.

Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!

Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...

Daripada
AHMAD FADHLI SHAARI,
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Apakah Gambar Najib Lebih Suci Dari Masjid??

Gambar 'Pemimpin Paling Suci'

   
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih tercela daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah mereka hendak kata gambar itu lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

 Oleh Aidila Razak

Polis Gagal Sekat Serangan 'Samseng-Samseng Syaitan Yang Dikenali'




KUALA LUMPUR: Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR.

"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu.

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.

"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali".

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.

"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.

Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.

Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

 Oleh Abdul Aziz Mustafa

Bila Pulak Polis Nak Siasat Kes Gambar Nik Aziz Dikencing Oleh Pencacai Umno??



Inilah sebahagian daripada gambar-gambar perbuatan konco-konco syaitun yang dikenali oleh Madey dalam meneruskan legasi mencari duit poket dari limpahan 'Dana Ketakutan Terlampau Umno/Apco' di penghujung hayat mereka.

"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang memijak gambar Najib dan Rosmah Mansor pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Ini disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Dengan itu Polis telah membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

**********************************************

Maka dengan itu juga apa yang kita boleh lihat dari laporan berita yang dipetik dari Malaysiakini di atas ialah ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara kita ini.

Satu untuk kepentingan Pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacainya manakala satu set lagi digunapakai terhadap rakyat
jelata.

Jika tindakan seorang pemuda menunjukkan punggungnya terhadap gambar Rosmah dianggap satu perbuatan melampau atau biadap.. bagaimanapula dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO ini yang kencing terhadap gambar Lim Kit Siang. TG Haji Hadi dan juga TG Nik Aziz?

Adakah perbuatan mereka ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh Hishamuddin kerana mereka pencacai UMNO?

Yang menunjukkan punggung kepada gambar Rosmah itu ialah seorang pemuda dan ianya dikatakan biadap oleh Hishamuddin.. bagaimana pula tindakan pencacai UMNO yang tua nak mampos ini pula? menunjukkan kemaluan dan kencing gambar Kit Siang dan Guan Eng?

Betul kata Hishamuddin "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," dan perlu dihentikan..

Tapi... meskipun menggunakan penasihat Yahudi.. mereka mengenepikan kata-kata pemimpin Yahudi ni.. “There are no two states of Israel, just one state,’’ kata Shimon Peres, pengganti Katsav’s sebagai Presiden. “There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.’’

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here...

KREDIT TANPA PREJUDIS KEPADA ANAK SUNGAI DERHAKA
Related Posts with Thumbnails