BREAKING NEWS
Showing posts with label Masuk PAS. Show all posts
Showing posts with label Masuk PAS. Show all posts

Mat Taib Akan Sertai Kempen Bersama Pakatan Rakyat


       
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.-MK

Najib Pening!! Mat Taib Sertai PAS

Muhammad Muhd Taib menyerahkan borang keahlian kepada Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Muhd Taib (dua dari kiri) dengan rasminya menyertai Pas. 
 

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas.

Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.


Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun Muhammad berkhidmat dalam tempoh yang singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja.

Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan Muhammad untuk menyertai Pas sengaja dilakukan pada hari ini, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas bagi mengelakkan daripada timbulnya isu beliau mahu bertanding dan jawatan dalam parti.

"Lebih baik pengisytiharan dilakukan lepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan, jadi tak timbul dia nak jadi calon.

"Lagi pun lepas penamaan calon, kita tahu tak boleh kuasai media perdana untuk umumkan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Haron berkata saat yang dinantikan sejak 20 tahun lalu ketika mengenali Muhammad, kini menjadi kenyataan.

Ini adalah kerana semasa Muhammad menjadi Menteri Besar, Haron kerap kali dijemput memberikan ceramah di rumah beliau kerana minat yang mendalam terhadap ilmu agama walaupun mengetahui Haron adalah aktivis Pas pada waktui itu.

"Tidak mustahil suatu hari nanti Tan Sri akan sertai Pas," katanya.-SH


Related Posts with Thumbnails