BREAKING NEWS

SAH!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Diadakan Untuk Gulingkan Kerajaan Umno/BN




KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) diadakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun, Penganjur Sekteriat KL112, Mohamad Sabu berkata mereka akan hanya menjatuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Memang kami ada niat untuk menggulingkan kerajaan pada PRU.

"Bohong lah saya kalau tidak ada niat itu (gulingkan kerajaan). Kami memang hendak gulingkan kerajaan tapi dalam PRU," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada Rabu.

"Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu, yang menarik kehadiran 100,000 orang di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.

Mahathir mendakwa penganjur himpunan itu cuba meniru perkara yang berlaku di beberapa negara Arab kerana tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jadi mereka cuba menggulingkan kerajaan sekarang dengan meniru negara-negara Arab. Tetapi Malahysia bukan seperti mereka, kita tidak ada pemerintahan diktator, kerajaan kita dipilih oleh rakyat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah memberikan kerjasama dengan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan dalam menjaga keselamatan para peserta himpunan.

"Ini merupakan detik bersejarah kerana tiada kecelakaan dilaporkan pada himpunan tersebut.


Dalam sidang media pagi tadi, Mohamad Sabu turut mengumumkan baki daripada derma sebanyak RM268,802.10 yang dikutip sewaktu himpunan itu disalurkan kepada Tabung Impian Rakyat Malaysia.

Katanya, golongan yang ingin membuat sumbangan masih boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 5621-0623-5615 atas nama Tabung Impian Rakyat Malaysia.

"Tabung ini kita akan gunakan untuk kegiatan penerangan, kebajikan dan gerakan untuk mendemokrasikan Malaysia," katanya.

Berhubung perlanggaran tiga syarat yang ditetapkan oleh polis dalam menganjurkan perhimpunan tersebut, Mohamad yang juga timbalan presiden PAS berkata, setakat ini pihaknya masih belum dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan.

"Setakat ini kita belum dipanggil. Kita janji akan beri kerjasama dengan pihak polis sama ada sebelum mahupun selepas himpunan diadakan," katanya.

Sementara itu, salah seorang ahli Jawatankuasa KL112, Hishamuddin Rais berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu turut di adakan di beberapa tempat seperti Melbourne, Sydney, Jordan, Mesir dan London.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails