BREAKING NEWS

Ingatlah Wahai Orang Melayu! Sampai Bila Kamu Sanggup Ditipu Oleh UMNO!

 
Hebat betul UMNO, dengan kuasa, dengan kesombongan, dengan kezaliman dan dengan penipuan yang mereka lakukan terhadap orang Melayu selama ini, tiba-tiba mereka mendendangkan lagu bahawa "jika UMNO kalah dalam PRU13, nasib dan kuasa orang Melayu akan tergadai".

Setelah berpuluh tahun mereka berkuasa dengan cara menindas bangsa sendiri, merompak harta dan dan menghalau bangsa sendiri dari tanah kediaman mereka, menghapuskan biasiswa untuk pelajar Melayu, menjual tanah-tanah rezab Melayu, menghalang umat Islam dari mendengar kuliah kecuali dari ustaz yang mereka bagi tauliah (kerana antara rukun Islam UMNO ialah jika nak mengajar agama di masjid mesti ada tauliah). Namun begitu masih adakah orang Melayu yang terpedaya dan terpengaruh dengan kenytaan palsu UMNO itu?

Mereka laga-lagakan PAS dengan DAP. Tetapi bila sekutu mereka MCA dan Gerakan menghina syariat Allah dengan begitu teruk dan biadab sekali, UMNO senyap, ulama mereka bisu, mufti mereka jadi pekak badak. Mereka serang DAP sedangkan belum ada bukti yang DAP selama ini menghalau orang Melayu, merampas tanah milik orang Melayu, menjual tanah rezab orang Melayu! Yang melakukanya ialah UMNO. Belum kedengaran negeri Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh PAS kini dikuasai oleh DAP. Yang kita sedia tahu ialah berpuluh tahun UMNO melutut kepada Gerakan di Pulau Pinang.

Kini tiba-tiba UMNO yang selama ini mendabik dada mempertahankan Raja-Raja hendak disaman oleh UMNO kerana mengatakan UMNO itu lintah. Pelik, kata "lintah" pun tak boleh. Yang UMNO kata "binatang" kat Sultan tidak mengapa pula. Hebat UMNO sekarang ini. Mereka lebih berkuasa dari Istana. Mereka boleh saman puak istana tetapi puak istana tidak boleh bertindak kepada mereka walaupun mereka gelar Sultan itu "binatang".

Puak mereka kebas duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk kepentingan keluarga, mereka sokong dan pertahankan pula. Untuk mengaburi mata rakyat, mereka jadikan projek lembu sebagai "batu loncatan" untuk mendapatkan wang berjuta ringgit, kemudian digunakan untuk kepentingan keluarga. Mereka ini masih dilindungi kerana masing-masing mendapat habuan dari wang tersebut.

Mereka sibuk dengan isu HIV, tetapi mereka lupa yang terlibat dengan HIV, murtad, zina, buang anak, tak solat, berjudi, minum arak, melanggan pelacur itu adalah dari kalangan puak mereka sendiri. Di Kelantan, tidak mungkin timbul masalah HIV jika tidak ada puak UMNO yang tinggal d negeri itu. Semua penyakit adalah berpunca dari UMNO.

Ingatlah wahai orang Melayu! Sehinga bila kamu sanggup ditipu oleh UMNO? Mereka punggah harta rakyat dan harta negara menjadi milik keluarga.

Ingatlah, mereka beria-ia berusaha supaya tidak kalah dalam PRU13 nanti bukan kerana hendak menjaga bangsa, agama dan negara tetapi kerana bimbang segala penyelewengan dan salahguna kuasa mereka selama ini akan dibongkar habis-habisan kepada rakyat. Mereka juga bimbang keluarga dan kroni akan kehilangan projek beratus juta. Yang terbayang dikepala mereka semua ialah "penjara". Mereka paling bimbang, jika mereka kehilangan kuasa kelak, maka polis, pendakwaraya, mahkamah, SPRM, SPR, JPN tidak lagi akan menyebelahi dan mendengar arahan mereka. Maka akan beraturlah saksi-saksi di mahkamah untuk membongkar segala skandal dan penipuan UMNO selama ini.

Akhirnya rakyat akan tahu siapakah sebenarnya UMNO selama ini yang mereka sokong, yang mereka undi dan yang pertahankans elama ini. Rupa-rupanya inilah dia petualan dan pengkhianat negara, bangsa dan agam sebenarnya yang telah bermaharajalela dengan kuasa yang ada tanpa memperdulikan rakyat jelata yang hidup merempat dan melata. Mereka sibuk mengumpul harta untuk kroni dan keluarga untuk dibawa keluar negara jika tidak lagi berkuasa. Bagi penyokong, mereka akan berkata "padanlah muka" kerana selama ini menyokong UMNO dengan hati yang buta. Selamat tinggalah penyokongku untuk selamanya. Aku dan keluarga aku dah kaya, kamu hiduplah dengan sengsara.

Ketika itu, wahai bangsaku, menangis airmata darah pun sudah tidak berguna. Negara bakal tergadai kepada APCO atau Komunis dari China dan menjadi sahabat dan sekutu UMNO jika dibiarkan UMNO terus berkuasa.

Pastikan UMNO tumbang dalam PRU13 nanti demi kerana agama, bangsa dan negara. Insyaallah.
Oleh: Tok Janggut

1 comment :

  1. haha siapa tulis kenyataan diatas , adakah kamu sudah tapis maklumat yang diberi dalam perhimpunan UMNO 2011 ? dan anda tidakpernah terfikir ,knapa najib mengeluarkan slogan yang diatas , kerana jikalau orang melayu tidak menyokong , persatuan orang malayu natijahnya kuasa orang Melayu akan tergadai

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails