BREAKING NEWS

Sah!! Himpunan BERSIH 2.0 Di tempat Letak Kereta Stadium Merdeka Esok...

                                  

Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

NONEDalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

NONEGabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.

“Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.

“Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.

NONE“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.

“Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,” kata BERSIH 2.0 lagi.

Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

bersih rally 271207 05“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.

“Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” katanya.[mkini]

Panduan Ringkas Untuk Peserta-Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis

o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam

o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja

o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?

o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

o Tanya apakah alasan anda ditahan

o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis

o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam

o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda

o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis

o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

sumber: keadilan putrajaya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails