BREAKING NEWS

First Lady 'Rosmoh Puaka' Buat Hal Lagi!!!

Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Lebih cepat kehancurannya kerana wujudnya wanita pertama yang rakus , Imelda, maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.

Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan.

Dalam negara ini kita telah ada tokoh yang lebih 'menggila dari itu' iaitu First Lady ROSMOH PUAKA... Ketika rakyat susah Imelda Malaysia terus bermewah. Seperti di Filipina ketika dulu juga wajah Imelda Malaysia ini juga diwajahkan dengan perbagai propaganda untuk menipu rakyat. Dan jika ada rakyat yang masih bangkit melawan maka akan dilabel perbagai gelaran negatif dan akan berdepan tindakan undang-undang.
Pembelian cincin berlian oleh ROSMOH PUAKA itu bernilai RM24.4 juta... Ia dibawa masuk tanpa sebarang cukai !!! Seperti biasa kes ini akan ditutup oleh SPRM dan Peguam Negara..
 
Saya Petik:
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.[MK]

1 comment :

  1. So its a fact that the much talked about ring was brought into the country.


    It is also a fact that the regional agent for Jacob & Co did use Datin Seri Rosmah Mansor's name (it says 'inspection by') on the Customs declaration form.


    It is a fact that such fine jewellery, as this diamond ring OWNED by Jacob & Co, IS NOT a taxable item under the Malaysian LAW.


    It is also true that a private exhibition by Jacob & Co's regional agent did take place in a private residence of a VVIP in Kuala Lumpur sometime between the 17th - 19th of April, 2011.

    NOW the interesting part .....

    It is NOT TRUE that the RM24 million ring owned by Jacob & Co was PURCHASED by any of the VVIPs who were present at the "private exhibition'.


    The RING IS NOW WITH ITS RIGHTFUL OWNERS - JACOB & Co in New York - Thank You.


    It is a BIG LIE that the Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor had purchased the ring with her savings as being propagated by some politicians and their desperate lackeys.


    These Opposition politicians are so desperate that they have even created a FAKE Utusan Malaysia front-page montage.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails