Ezam 'KOTAK' Buat Drama Lompat Sikatak Lompat ...
Posted by Unknown on 2:47 PM in | Comments : 0
PULAU PINANG: Tindakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menafikan Umno Pulau Pinang terlibat dengan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai lalu adalah pembohongan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.
Beliau berpendapat Umno Pulau Pinang bersikap pengecut apabila menafikan penglibatan mereka sedangkan Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat sama dalam demonstrasi itu.
“Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, “baling batu sembunyi tangan”,” kata Guan Eng.
Menurut Guan Eng, Zainal sepatutnya bersikap berani dan memohon maaf daripada orang ramai kerana penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas itu.
Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng turut menyelar tindakan Umno yang merestui Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan Guan Eng demonstrasi jalanan.
Demo huru-hara serta kotor yang didalangi oleh Senator dari UMporNO iaitu Ezam Mohd Noor bersama pencacai-pencacai dari perKOSA dan PUKIda di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?” kata Guan Eng.
Guan Eng turut menyatakan kekesalan beliau kerana akhbar arus perdana seperti New Straits Times (NST) bersubahat dengan Umno kerana langsung tidak melaporkan tangkapan terhadap Ezam Mohd Noor kerana terlibat dalam demonstrasi ganas itu.
“Tiada langsung berita oleh NST tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu,” kata Guan Eng.
Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.
Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment