BREAKING NEWS

Zambry Masih Trauma Dengan Pukulan Nizar

IPOH – Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) akan bertindak tegas individu yang menjadi imam dan membaca khutbah tanpa dilantik oleh jabatan.

Pengarahnya, Mohd Yusop Husin berkata, perkara itu dilihat serius dan mereka yang melakukannya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kaedah-kaedah Pegawai Masjid 1998.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan laporan sebelum mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang melanggar undang-undang itu.

“Pekeliling berkaitan perkara itu telah pun diedarkan ke semua masjid pada minggu lalu bagi memastikan mereka hanya mereka yang dilantik sahaja boleh menjadi imam dan membaca khutbah.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya mendapat kebenaran daripada Jaipk,” katanya ketika sidang media bersama-sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas Majlis Penyampaian Imbuhan Bilal dan Siak Seluruh Perak di Kediaman Menteri Besar (MB), semalam.

Sementara itu, Zambry yang turut mengulas isu berkenaan berkata, pelawaan daripada kariah masjid bukan alasan untuk membolehkan seseorang itu menjadi imam biarpun individu itu MB.



“Bagi saya, sebagai seorang yang pernah bergelar sebagai MB suatu ketika dahulu, beliau sepatutnya tahu undang-undang malah dalam hukum Islam sendiri sudah menjelaskan perkara berkenaan.

“Sebaik-baiknya, seorang imam itu mestilah yang tinggal di dalam kariah berkenaan dan dalam konteks ini adalah imam yang telah pun dilantik oleh Jaipk,” katanya ketika mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sering menjadi imam dan membaca khutbah di masjid-masjid yang dihadiri pemimpin Pas itu.

Mengenai pemberian elaun bulanan kepada bilal dan siak itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5.9 juta setahun untuk diberikan kepada 1,242 kedua-dua individu penting dalam institusi masjid selain imam.

Katanya, pemberian itu merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang membantu mengimarahkan rumah Allah itu.

Pada majlis itu, seramai kira-kira 1,500 bilal dan siak termasuk pengerusi masjid yang hadir mendengar amanat daripada Zambry dan Mohd Yusop.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails