BREAKING NEWS

KDN Wajar Gantung Permit Akhbar Utusan Malaysia

Adakah ini adalah sebahagian daripada taktik kotor iaitu gunakan apa saja senjata yang ada untuk membenam Pakatan Rakyat seperti yang diwar-warkan oleh Najib baru-baru ini?? Dengan mempergunakan akhbar Utusan Malaysia milik Umno untuk menyiarkan berita-berita fitnah dan hasutan apabila sentiasa meniupkan api perkauman melampau dan yang terbaru cuba memainkan isu agama rasmi Malaysia.
Adalah jelas akhbar Utusan Malaysia ini mewarisi sifat busuk sampai keusus Parti Umno dengan berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat.Utusan Malaysia tanpa merasa takut atau bersalah kerana sentiasa dilindungi oleh  kerajaan Umno/BN dengan mengetepikan nilai-nilai etika kewartawanan yang jujur,adil dan bertanggungjawab apabila tunduk kepada kehendak pemimpin-pemimpin Umno yang fobia kerana terlalu takut kehilangan kuasa.Persoalannya kenapakah KDN dan PDRM sentiasa buat bodoh sahaja dengan tindak-tanduk akhbar Utusan Malaysia ini yang jelas melanggar undang-undang dan peraturan  penerbitan akhbar?? Adakah kita sanggup memusnahkan keamanan dan kesejahteraan negara kita hanya kerana untuk memenuhi tuntutan nafsu pemimpin-pemimpin Umno/BN yang ingin terus membaham harta negara serta memperkudakan pihak berkuasa kerajaan  dari dulu kini dan selamanya.-MAFIABOSS


Presiden pertubuhan Biskop Katolik Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam berkata laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan merupakan laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Murphy Nicholas menjelaskan, wartawan dan pengarang akhbar berkenaan tidak mengambil langkah sewajarnya bagi mengesahkan dakwaan yang dipetik daripada tulisan blog tersebut.
“Jelas sekali laporan sebegini akan memberi kesan mewujudkan (keadaan) ketidakharmonian agama dan mengapi-apikan kebencian ke atas agama Kristian.
“Kami menyeru kepada pihak berkuasa dan polis supaya segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi memastikan sumber kepada fitnah tersembunyi, provokatif dan berniat jahat (ini),” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, penganjur bagi pertemuan berkenaan – National Evangelical Christian Fellowship (NECF) – telah menafikan dakwaan penulis blog yang dipetik akhbar itu.
“NECF seterusnya menjelaskan bahawa pertemuan itu hanya meliputi topik kepemimpinan beretika dan tidak ada agenda agenda (bersifat) penderhakaan seperti didakwa penulis blog dan laporan berita,” katanya lagi.
Dakwaan berkenaan dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan pertemuan itu didakwa dijalankan semalam di Pusat Kristian Katolik, Pulau Pinang manakala satu syarahan umum akan diadakan pada hari ini.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails