BREAKING NEWS

Hari Yang Sedih Untuk Keadilan Undang-Undang Di Malaysia


Memang seperti yang dijangkakan keputusan Hakim akan berpihak kepada Gani Patail.Ianya amat mengecewakan kerana keadilan didalam sistem kehakiman di Malaysia sentiasa membuatkan pengamal-pengamal undang-undang 'Common Law" di negara-negara bekas jajajahan British akan ketawa besar dengan kebobrokan Sistem Kehakiman Negara kita,semoga pada PRU ke 13 rakyat Malaysia yang merdeka minda akan memastikan barisan UMporNO/BeEnd  akan dikuburkan dan dibatu nisankan pada kertas undi.

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi menerima bulat-bulat segala bukti pendakwaraya menzahirkan bahawa perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti langsung,” kata sekumpulan peguam hari ini . Pertubuhan Lawyers for Liberty (LFL) atau Peguam Untuk Kebebasan hari ini berkata keputusan hakim Mohamad Zaibidin Mohamad Diah menyifatkan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai seorang berwibawa yang memberi keterangan benar sebagai tidak masuk akal. Saiful jelas “memberikan keterangan yang mencurigakan, malah mengadakan hubungan sulit dengan seorang daripada pendakwaraya dalam kes ini,” kata LFL dalam satu kenyataan. 

“Malah beliau mengaku berjumpa dengan pengawai kanan polis dan pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Bukankah ini saja cukup untuk mencurigainya keterangannya,” tambah LFL. Pertubuhan itu yang dianggotai oleh ramai peguam aktivis juga merujuk kepada laporan pemeriksaan awal doktor ke atas Saiful yang mendapati tidak ada sebarang tanda-tanda tusukan pada dubur beliau yang menunjukkan dirinya diliwat. “Hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegini akan ditolak. Sebaliknya yang digunakan (oleh hakim) adalah keterangan doktor yang memberi keterangan bercanggah semata-mata untuk mensabitkan Anwar Ibrahim,’ tambah kenyataan itu lagi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.
Mendengar penghakiman itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

  
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di peringkat bela diri.
.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes terhadap akhbar milik Umno yang sentiasa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim .Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails