BREAKING NEWS

SIAPA PENGKHIANAT ?? Sudah banyak tanah rezab Melayu di Johor yang tergadai dan terjual kepada Singapura

Dalam berita Mingguan Malaysia semalam yang bertajuk "'Tengoklah berapa ratus juta pula Anwar mahu saman'" dilaporkan bahawa Umno Johor akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit' terhadap peserta perhimpunan


Harap-harap para penyokong Anwar tak menggelejat. Saya tak sokong Anwar. Dah tentu saya tak menggelejat.

Apa salahnya Umno Johor nak buat perhimpunan? Mereka dah lama kecewa. Sudah banyak tanah rezab Melayu di Johor yang tergadai dan terjual kepada Singapura. Itu belum lagi kita cakap tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Nak tahu banyak fasal WPI, pergi mengaji dalam blog sahabat saya A Voice. Dalam kotak search di bahagian atas sebelah kiri blog dia tu, taiplah perkataan yang berkaitan.

Jangan dok menggelejat la kalau Umno Johor nak berhimpun ka, nak berdemonstrasi ka.

Saya teringat kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi. Masa tu banyak tokoh PAS yang ditangkap. Antaranya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ustaz Fadzil kata, "Ceramah lawan ceramah la. Kaset lawan kaset la. Ni ceramah lawan (dengan) tangkap. Kaset lawan (dengan) tangkap".

Saya ternanti-nanti bila pula Pemuda PAS nak buat himpunan dan protes membantah pengkhianatan ke atas orang-orang Melayu Islam? Tanah rezab Melayu banyak tergadai. Di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

Dan lebih sebulan Datuk A Kadir Jasin tanya "Wajarkah korbankan DEB kerana undi minoriti?" Tun Dr Mahathir Mohamad kata, liberalisasi ekonomi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tak membantu sesiapa pun. Kita pun dah dok nampak dah, orang Cina tak dibantu, orang India tak dibantu, orang Melayu tak payah cakap la... (Lihat juga berita Bernama "Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberalisasi")

Dasar Ekonomi Baru (DEB)? DEB memang power. Bumiputera dapat saham sampai RM52 bilion. Siapa dapat? Anak siapa? Adik beradik siapa? Siapa pula yang perait sehingga tinggal RM2 bilion sahaja?

Laa... Pinjaman Pelajaran MARA pun baru-baru ini dibekukan. Budak-budak yang dah penat berkejar ke pejabat berkaitan dengan borang permohonan dan harapan, dalam termengah-mengah diberitahu "pinjaman dibekukan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak".

Ada siapa-siapa yang buat bancian berapa banyak anak-anak Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi yang berlapar tak henti-henti? Dulu orang cerita kat saya, orang Vietnam tak kalah dalam perang melawan Amerika Syarikat yang jahat kerana mereka ada cukup beras. Persoalannya, berapa kuatkah anak-anak yang sering berlapar itu untuk berjuang di medan ilmu?

PTPTN? Hampa ingat budak-budak kita hidup mewah dengan pinjaman along berlesen tu? A Kadir yang pemurah faham apa yang saya maksudkan (bukan untuk anak akulah!) Terima kasih, Datuk!

Tak dan la pulak aku nak pi ambik bini aku pagi ni kalau aku tulis apa lagi pengkhianatan demi pengkhianatan. Saya harap Pemuda PAS dapat membuat kajian dan lepas tu buatlah perhimpunan ka, protes ka, ikut sukalah. Takat wacana tak jadi apa satu.

Saya harap Ketua Pemuda PAS sekarang pergilah berguru kepada Ustaz Abu Bakar Chik. Bagi saya secara peribadi, dia salah seorang Ketua Pemuda PAS yang terbaik. Saya juga yakin Pemuda PAS tidak terkhayal dibuai tujuh wasiat raja-raja Melayu.

Akhbar yang sama juga menyiarkan rencana bertajuk "DAP anti Islam?" Saya tak ada cadangan nak membantah artikel itu.

Hanya saya teringat kata-kata seorang kawan dari Umno. Dia kata, "Aku tak ada hal dengan PAS. Masalahnya, aku tak boleh terima PAS berkawan dengan DAP".

Saya lalu bertanya, "Masa Najib api-apikan orang Umno sampai terbunuh Othman Talib di Lubuk Merbau tahun 1985 dulu, masa tu PAS berkerjasama dengan DAP ka? Masa pemimpin Umno bunuh Ibrahim Libya di Memali pada tahun tu jugak, masa pemimpin Umno tangkap Mat Sabu dan beberapa yang lain di bawah ISA dalam tahun 1984 dan 1987, masa tu PAS kerjasama dengan DAP ka?"

Bagi saya, dari segi sikap terhadap Islam, sama ja Umno, DAP dan MCA. Tak ada beza apa pun. Baca sendiri kenyataan di bawah ni:

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan



Sumber: Penarik Beca

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails