BREAKING NEWS
Showing posts with label Zunar. Show all posts
Showing posts with label Zunar. Show all posts

Mesti Tonton!! Klip Video Animasi '1 Funny Malaysia' Janji Ditepati





Pengumuman penerbitan klip animasi pendek kartun politik, “1 Funny Malaysia.”

Saya dengan ini mengumumkan sebuah penerbitan clip pendek kartun animasi karya saya bertajuk “1 Funny Malaysia.” Klip ini sepanjang 5 minit ini adalah kartun animasi politik pertama seumpamanya di Malaysia. Karya ini dihasilkan sebegai memenuhi permintaan ramai selain mengangkat karya saya ke dimensi lain sesuai dengan kemajuan teknologi.

1 Funny Malaysia adalah satu cerita kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model, ANTU TUYA yang bangkit dari kubur bersama anaknya yang masih kecil. Dia kemudian terbang menuju ke sebuah pusat pentadbiran kerajaan – PUTARJAYA.

Beliau menuju di pejabat DATO NAZAK yang sedang mengira duit. Sesampai di sana, Alantuya meminta Dato Nazak supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau.

Terkejut, Dato Nazak segera lari terjun tingkap ke atas seekor lembu berkepala manusia yang mamakai tudung, Lembu tersebut kemudian meneyelamatkan Dato Nazak dengan membawa beliau lari kelaut.

Di laut, Dato Nazak menaiki kapal selam tetapi di tebing menunggu pula mahkamah Peranchis. Ikuti kesudahannya. Dengan siapnya clip ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis/artis/animator/editor yang menjayakan produksi ini walau dengan bajet yang sangat rendah.

Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandang produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui laman web saya “zunarcartoonist.com“.

Zunar
9 Ogos 2012

(Pemenang anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011″ yang dianugerah oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Sedunia, Washington DC)

Kenapa SPR Fobia Sangat Dengan 'KARTUN' ??



Kah!kah!kah! inilah berita yg paling lucu utk tahun ini..kenapa SPR takut sangat dgn pengaruh 'KARTUN' ??..tapi dgn 'PENGUNDI HANTU' tak takut dn tak seram pun!! mcm2 idea pelik dn undang2 gila yg dibuat oleh SPR aka perkakas umno/apco nih dlm mengekang kebangkitan rakyat dlm pru ke 13 nanti..nampak sangat tahap kebodohan perkakas umno/apco nih..gua sebagai rakyat Malaysia yg celik akal dh rasa muak dn menyampah dgn tindak-tanduk ala2 haram jadah SPR nih..di zaman langit terbuka seperti ini SPR masih diterajui oleh saki baki manusia kuno yg dangkal dn bebal..sekarang baru korang tau betapa hebatnya pengaruh karikatur dlm mencelikkan akal rakyat Malaysia..persetankan dgn undang2 gila SPR ini..kpd Saudara Zunar and the gang...teruskan perjuangan kalian tanpa rasa takut..kerana karya2 kritis dn lucu kalian telah banyak membuka minda rakyat Malaysia..

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya.

KARTUN PUN KENA CABAR LE!!


Gedung Kartun dicabar seret KDN ke mahkamah

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar majalah humor politik Gedung Kartun membawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Menteri dalam negeri menegaskan, serbuan dan rampasan dibuat terhadap majalah itu, awal minggu lalu, kerana ia diterbitkan tanpa permit daripada kementeriannya.

"Sebab tidak ada lesen dan belum diberi permit. Dan melakukannya tanpa kelulusan, bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Mereka kena jawab," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

"Kalau mereka merasakan tindakan kita (KDN) salah daripada undang-undang, mereka berhak membawa KDN ke muka pengadilan."

Selasa lalu, pejabat majalah itu diserbu lapan pegawai kementerian dan 408 naskhah majalah dirampas.

Sehari kemudian, kilang percetakannya di Seri Kembangan, Serdang pula diserbu sekumpulan pegawai KDN dan 18 plet percetakan dirampas.

Tindakan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, pula digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Ketua editor majalah itu Zulkiflee Anwar Ulhaque semalam bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya ia diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Zulkiflee, atau lebih dikenali sebagai kartunis Zunar, menjelaskan pihaknya mematuhi semua syarat ketika memohon permit 30 Jun lalu.

Tambahnya, pada 3 Ogos lalu, seorang pegawai KDN memaklumkan bahawa permit Gedung Kartun telah diluluskan dan nombor siri permit itu telah diberi oleh pegawai kementerian sementara menunggu surat rasmi.

Diminta mengulas penjelasan majalah itu termasuk hasrat ingin bertemu beliau berhubung perkara tersebut, Hishammuddin berkata:

"OK. Biar dia jumpa dengan pagawai kita dulu, beri penjelasan kepada mereka. Biar saya dengar apa yang dia jelas. Kalau perlu jumpa, jumpa saya.

"Apa yang kita lakukan dalam kes ini tetapi mesti ada asasnya.

"Tetapi laporan yang saya terima, kandungannya tidak sesuai. Keduanya, tidak ada permit. Ketiganya, mereka belum mendapat kelulusan untuk menerbitkan majalah yang dimaksudkan tadi.
"
Sumber:malaysiakini
Related Posts with Thumbnails