BREAKING NEWS

Najib Hilang 'TELUR', Umno Hilang 'KERIS'




Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.

Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan juju.Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.

Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.
 
UMNO Memilih Untuk Menipu Dari Memperbaiki Kelemahan Mereka

Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. Lihatlah bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk menipu!

Beberapa kaedah melampau mereka dalam menipu termasuk membina pengkalan tentera dalam kawasan pilihanraya yang penting bagi UMNO untuk mendapatkan undi mudah. Tetapi pada tahun 1980-an, UMNO mendapati ia tidak boleh lagi bergantung kepada pangkalan tentera atau perkhidmatan awam kerana untuk mengekalkan kedua-duanya menelan belanja yang besar apatah lagi untuk mengembangkannya.

UMNO kemudian mula menarik pendatang asing untuk memohon kewarganegaraan Malaysia terutamanya Indonesia. Tetapi tidak semua yang baru mendapat kewarganegaraan Malaysia menyokong UMNO kerana terdapat orang-orang yang berpengetahuan agama di kalangan mereka, dan seperti di Indonesia, mereka lebih suka untuk menyokong pembangkang. Oleh itu, kini di alaf baru, UMNO tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memberi kerakyatan segera kepada pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan Filipina, lengkap dengan upacara angkat sumpah untuk berjanji mengundi UMNO dan BN.

Usaha sedemikian jelas percubaan terdesak untuk kekal berkuasa, dengan kadar keupayaan yang sangat berpadanan dengan kuasa serta integriti UMNO. Lebih banyak UMNO menipu, lebih buruk imej, kekuatan dan integriti mereka.
 

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails