BREAKING NEWS

Anjing-Anjing Umno/Apco 'Jeles Giler' Dengan Kejayaan Himpunan Hijau Ke Putrajaya



Tahniah!! kepada semua peserta-peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan juga kepada saf kepimpinan PAS kerana berjaya menganjurkan sebuah perhimpunan raksasa yang paling aman dan penuh berdisplin.Bukti ini menunjukkan kepada kita semua bahawa punca perhimpunan aman menjadi ganas dan tidak terkawal adalah disebabkan oleh provokasi oleh perkakas-perkakas umno/apco.Sudah tentu gerombolan umno/apco ini tengah bengang gila kerana tidak berjaya mengkucar-kacirkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya anjuiran PAS ini.


Ketahuilah bahawa kami penyokong-penyokong dan kepimpinan pakatan rakyat tidak pernah berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan dan tindakan-tindakan yang tidak bertamaddun seperti yang diamalkan oleh gerombolan dan perkakas-perkakas umno/apco selama ini.Kami berjuang dan berhujah di atas dasar kebenaran yang di sertakan dengan fakta dan bukti yang kukuh.Kami bukan spesis umno/apco yang berhujah hanya menggunakan otak lembu NFC dan fitnah-fitnah ciptaan mereka semata-mata tanpa di sokong oleh fakta serta bukti sahih.Tindakan provokasi gerombolan umno/apco ini selama ini hanya seumpama anjing menyalak bukit,suara berdegar-degar tapi isinya kosong.

Cuba korang lihat pula gambar-gambar di bawah ini iaitu gelagat 4 ekor anjing-anjing umno/apco ini semasa berlangsungnya Himpunan Hijau ke Putrajaya anjuran PAS di Stadium Darulaman,Alor Setar,Kedah baru-baru ini.Gambar-gambar ini telah sempat dirakamkan oleh blogger Addin.Walau di dalam bentuk apa pun penyamarannya,penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat masih dapat mengenali anjing-anjing kurap ini.Tentu anjing-anjing umno/apco ini 'jeles giler' kerana
Himpunan Hijau ke Putrajaya anjuran PAS ini telah berjalan dengan aman dan penuh berdisplin.






KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.

Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.

"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.

"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.

Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.

"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu,  saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.

"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi.-harakahdaily

1 comment :

  1. hahaha..mmg puak2 umno/bn ni jelous giler..sampai mcm org hilang akal dibuatnya..mcm2 stetement gila babi yg mereka keluarkan dihujung-hujung hayat mereka ini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails