Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.
Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.
Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.
Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Tapi Pembohongan Haji Najib,Rosmoh Puaka Dan Shah Rezza Terbongkar Dengan Pendedahan Email Antara Huntington, Pereka Carl Kapp Dan ‘Publicist’ Beliau Holly Beer.
Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.
Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.
"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.
"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.
Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero.-mkini
Post a Comment