Shahidan nafi perdaya ulama masuk Umno
                            Posted by 
                            Unknown
                          on
                          10:51 PM
                          in
                          
Perlis
                          |
                          

     
       |     Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri   Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya   empat orang 'ulama' untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.             |   
     |           |   
     |     Katanya, dakwaan yang dipetik oleh laman   akhbar web Harakahdaily adalah   satu pembohongan yang cuba   mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki   yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri   majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri   Najib Razak, baru-baru ini.        "Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis   kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang   kuat Umno," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.             |   
     |           |   
     |     Beliau yang juga penganjur majlis   penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa   yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu   telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah   universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak   berjabat tangan dengan Perdana Menteri.        "Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun   mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa   akur," katanya.        Harakahdaily memetik Hosni   Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri   majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai   Umno.        Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut   Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan   akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai   Umno.        Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama"   itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai   fitnah itu.        - Bernama      |   
 
   
     
 
 
Post a Comment