MAFIABOSS2U: | ||
|
Kuasa Sultan itu adalah mengikut Seksyen 133, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002.
Kartika kini menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.
20 Julai tahun lalu, Kartika, 33, didenda RM5,000 dan diarahkan diberi enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Dia mem
Pada sidang medianya, Tengku Abdullah bertitah nasib Kartika bergantung kepada budi bicara Sultan Ahmad Shah kerana baginda mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan walaupun tiada sebarang rayuan dibuat Kartika.
"Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan)," titah baginda.
Menjelaskan perjumpaan itu, baginda bertitah Kartika Sari Dewi telah
menyuarakan tekanan perasaan yang dihadapinya berikutan kes berkenaan ditangguhkan.
Sementara itu, Bernama melaporkan baginda yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah semua pihak perlu memandang serius perkara berkenaan dan tidak mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat Sultan atau pelaksanaan hukuman itu nanti.
Ditanya kenapa kes ini tertangguh agak begitu lama, Tengku Abdullah bertitah: "Kes ini akan diselesaikan secepat mungkin, cuma kes ini perlu diperhalusi dari segi pelaksanaan hukuman itu".
Kartika Sari Dewi bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Tengku Mahkota Pahang itu.-mkini
Post a Comment