Ketika ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim bangun mencelah dan berkata dakwaan yang ditimbulkan Saifuddin semalam merupakan satu fitnah besar,
"Saya berani bersumpah dan junjung al-Quran," katanya.
Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang kemudiannya bangun dan menjelaskan, ucapannya semalam boleh dirujuk di dalam Hansard Dewan Rakyat.
Ibrahim (kanan) yang berang kemudiannya berkata Saifuddin telah masuk dan keluar pelbagai parti politik.
"Ini lebih daripada katak puru," katanya yang kemudiannya mencetuskan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.
Pelakuan yang berlarutan selama beberapa minit itu kemudian menyebabkan Zulkifli meminta kedua-dua pihak menyelesaikan kes mereka di luar dewan.
Zulkifli kemudiannya meneruskan ucapan yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.
Katanya, berita yang mengaitkan beliau dengan saham syarikat judi itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Beliau juga mencabar Saifuddin supaya mengulangi dakwaannya itu di luar dewan.
Menurut Ibrahim, beliau 'sibuk' ketika Saifuddin membuat dakwaan tersebut di dalam dewan dan tidak sempat mencelah untuk menjelaskan kedudukannya.
Katanya lagi, beliau juga memanggil wartawan Malaysiakini dengan nama 'dajal' kerana menurutnya, Salhan menulis berita tersebut dengan "tidak bertanggungjawab,"
“Sepatutnya terus dapatkan penjelasan dari saya dan (penjelasan saya) masuk serentak dgengan dakwaan yang tidak betul,” tulisnya dalam SMS kepada Salhan.
Usaha Salhan untuk mendapatkan reaksi Ibrahim pagi tadi dibalas dengan SMS yang berbunyi: “Tak payah lah, ...memang Malaysiakini jahat”.-mkini
Post a Comment