MAFIABOSS2U:
Sememang telah dijangka, biar apapun yang terjadi Anwar akan tetap disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat terbarunya itu. Maka, apalah gunanya Anwar bersumpah atau percaya kepada mahkamah lagi kini. Sememangnya puak-puak UMNO karat yang tidak berhati perut ini akan tetap meneruskan agenda mereka untuk menjatuhkan hukuman terhadap beliau biarpun kes liwat ini agak "kabur" dan banyak menimbulkan keraguan yang munasabah.
Tidak perlulah kita ulas lagi tentang segala keraguan tersebut. Hanya mereka yang diberikan akal dan fikiran yang waras oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai perkara ini dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang sudah "beku" dan "terbelenggu" dengan jiwa karat biru, sudah pasti tetap yakin bahawa isu liwat terbaru Anwar adalah betul belaka.
Sudah
terang lagi bersuluh, dalam isu yang membabitkan DNA terhadap Anwar
baru-baru ini jelas sekali telah membuktikan "kebodohan" PM Pak Lah
Badawi. Dengan menggunakan otak yang sudah tidak masuk akal itu Pak
Lah dengan bangganya menyatakan DNA Anwar yang diambil 10 tahun lalu
sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini bermakna DNA itu sudah habis
tempoh agaknya. Walhal, semua orang tahu bahawa DNA boleh digunakan
sampai bila-bila dan ia melampau batasan waktu. Bahkan, ahli-ahli sains
dan pakar sejarah masih boleh mengetahui usia sesuatu barangan atau
makhluk itu melalui DNA biarpun ia sudah mati atau musnah sejak berabad
lamanya. Bahkan, DNA haiwan zaman pra-sejarah "Dinasour" "bebal"nya
pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah itu. masih boleh
diketahui usia dan habitatnya hanya melalui DNA. Maka itu, mana mungkin
DNA Anwar yang baru berusia 10 tahun itu tidak boleh digunakan lagi.
Kenyataan Pak Lah itu sebenarnya menunjukkan betapa
Menurut
Menteri Dalam Negeri UMNO yang paling "bangang" iaitu Hamid Albar
berkata bahawa Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik
(DNA) 2008 yang bakal menjadi peraturan yang digunakan bagi mewajibkan
suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa
dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.
Beliau juga dengan bangganya menegaskan bahawa kerajaan sudah merancang
untuk mewujudkan akta tersebut sejak tahun 2001 bagi memudahkan proses
pengecaman penjenayah. Rang Undang-Undang Indentifikasi DNA, jika
diluluskan, akan menyediakan hukuman yang boleh dikenakan terhadap
mereka yang enggan memberi, membenar atau menghalang sampel DNA bukan
intim (non-intimate) seperti kuku, calitan daripada bahagian bukan
sulit badan dan air liur diambil untuk diuji dalam sesuatu kes jenayah
yang disiasat.
Bagi
sampel DNA intim (intimate sample) pula, air mani, darah, cecair badan
atau tisu, urin, bulu kemaluan dan calitan bahagian sulit individu
diwajibkan diambil daripada mereka yang menjadi suspek kes jenayah.
Menurut beliau lagi penjenayah yang menjadi suspek kes jenayah akan
diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi memudahkan pihak berkuasa
mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan.penjenayah yang menjadi
suspek kes jenayah akan diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi
memudahkan pihak berkuasa mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan.
Sekali pandang, bagus juga cadangan pindaan akta ini sebenarnya. Namun
bila dikaji balik, sesungguhnya bagai ada sesuatu yang tidak kena
terhadap pindaan akta ini. Tambahan pula isu DNA begitu popular
mutakhir ini kerana ia dikaitkan dengan "enggan memberi, membenar dan
menghalang" yang melibatkan mantan TPM Anwar Ibrahim. Jika dilihat
kepada perenggan berkenaan maka sudah tentulah amat tepat dan wajar
kita katakan akta itu sebenarnya dibuat khas untuk Anwar. Ini kerana
puak-puak tidak berhati perut ini telah gagal memaksa Anwar memberikan
sampel DNAnya baru-baru ini. Malahan juga mereka dilihat menghadapi
kesulitan untuk mendapatkan perintah mahkamah atas perkara sensasi ini.
Anwar
sejak awal-awal lagi tidak membenarkan sampel DNAnya diambil. Ini
berdasarkan kepada kurang keyakinannya terhadap pihak berkuasa di
negara ini. Beliau yakin sampel DNA itu akan dimanipulasi bagi
membuktikan bahawa beliau terlibat dengan kes liwat Saiful Bukhari.
Buat masa ini, kes ini menjadi agak untuk mereka memandangkan kenyataan
dan fakta berbelit-belit antara laporan polis, dakwaan mahkamah dan
akuan sumpah laknat Saiful baru-baru ini. Jika ia dibicarakan, sudah
pasti peguam Saiful yang "tidak popular" itu bakal kecundang berhadapan
dengan barisan peguam Anwar yang cukup handal dan profesional. Maka,
bagi menguatkan lagi "bukti kes" walau dalam apa jua cara sekali pun
sampel DNA Anwar mesti diperolehi segera. Jika tidak satu dunia akan
tahu "konspirasi jahat" "berbahaya" mereka.
Namun
begitu, tersangat melucukan bila Hamid Albar berkata pindaan itu tiada
kaitan dengan mana-mana individu termasuklah juga Anwar Ibrahim.
Punyalah "bengap" mamat Hamid Albar ini, macamlah rakyat Malaysia ini
"bangang tahap gaban" macam puak-puak UMNO karat itu. Dia tak payah
cakap pun orang dah tahu bahawa semua itu adalah langkah drastik yang
dirancang untuk memerangkap Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula
dengan frasa yang menyebut kerajaan sudah merancang perkara ini sejak
tahun 2001 lagi. Ini memungkin kepada mereka untuk menggunakan akta
tersebut terhadap Anwar sekarang. Mereka boleh menipu dan membuat
"backdated" terhadap kelulusan akta itu biarpun ia masih belum
diluluskan di parlimen. Ini bermakna Anwar akan menjadi mangsa akta
berkenaan dan pihak polis mempunyai hak untuk menangkap dan mengambil
sampel DNA Anwar untuk tujuan penyiasatan.
Akhir
kalam, bukan siasatan yang dibuat tetapi sebaliknya mereka akan
menggunakan sampel DNA tersebut sebagai bukti untuk mengesahkan
keterlibatan Anwar dalam isu liwat dengan si Saiful. Macam-macam cara
boleh mereka gunakan, kerana polis di Malaysia sangat profesional dan
canggih hinggakan nak cari Nurin Jazlin pun mereka terpaksa minta
bantuan FBI bagi memeriksa CCTV. Bukankah polis di Malaysia memang
hebat dan terbaik kini.
Maka
itu, usahlah kita hairan bila Anwar akan ditangkap biarpun mantan TPM
itu memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Apa
yang penting Anwar mesti disabitkan dengan kesalahan jenayah itu, demi
menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Itulah sahaja jalan
terakhir yang boleh digunakan oleh puak-puak UMNO ini demi masa depan
politiknya. Orang-orang seperti Najib dan Hamid Albar hanyalah
pelengkap "konspirasi liwat 2" ini. Apa yang pasti, dan memang pasti
ini akan terjadi !!
Apapun,
sama-samalah kita berdoa agar semua ini tidak menjadi kenyataan kelak.
Marilah kita sama-sama mempertahankan kedaulatan undang-undang dan
menyelamatkan insan yang teraniya dan telah dizalimi sejak sekian lama.
Rakyat hakim negara, buat warga Permatang Pauh pastikan undi anda untuk
PKR demi masa depan Anwar dan Malaysia yang lebih bermakna.
[Mereka
hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang akan menentukan.
Lihat sahaja, dari sehari ke sehari terserlah pembohongan kes liwat
Saiful ini. Rakyat bukan semakin percaya, malahan semakin benci dan
meluat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka ini. Fikirkanlah]-cucumatkilau/politictoday.com
Post a Comment