Negara
akan terus lingkup di bawah Umno/BN (UBN). Pendedahan oleh Ku Li,
berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salah guna kuasa Bank Negara
untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib amat
mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas!
Apa tidaknya,
pada pertengahan tahun lepas (2009), perjudian Bank Negara yang tiada
ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam
pasaran perjudian tukaran wang asing. Bank Negara terus berjudi
sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang
cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100
tahun.
Selain
daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun
membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM363 bilion pula terpaksa
dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja
seorang bayi, sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga
marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak’
dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku Li.
Negara
akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku.
Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat
oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan
Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan
RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah
juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar
setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula,
minyak dan sebagainya. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan
perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara Rosmah Najib sebanyak
RM32 bilion. Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang
menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.
Kerugian
Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas mengakibatkan pada
tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan
dipotong dan minyak naik (selepas pilihan raya semula di Perak) dan
sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. RM270
bilion + RM100 billion yang berjumlah RM370 bilion dan yang terkini
RM32 bilion itu; berjumlah sekitar RM400 bilion. Jika UBN terus
memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka, tiada
mustahil negara akan bisa jatuh bankrap. Bapak menteri bisa cabut luar
negara dengan aset mereka di seberang laut tetapi rakyat bagaimana.
Sewajarnyalah
rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta
Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan
wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka, golongan
Umnoputra Korporat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan
korupsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk
projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda
daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh
Chua Jui Meng, bekas menteri kabinet yang berpengalaman luas yang
kecewa dengan sikap kerakusan Umno yang tiada akan berubah dan mutakhir
ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan
harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.
Satu
Malaysia ditipu oleh UBN dalam program JMR (JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan
UBN satu Malaysia. Isu penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat
ini; termasuk skandal PKFZ, cuba dialih fokus oleh UBN dengan perihal
isu kalimah Allah yang diperbesarkan dan dieksploitasikan oleh mereka
demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.
Namun,
massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan
sokongan ke atas lakonan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru
hara antara kaum dan antara agama dalam isu kalimah Allah di negara ini
setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang
Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan
kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama
manipulasi Umno. PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan
sendiri bukti kehebatan Islam yang dibawanya selaku gerakan dan Parti
Islam SATU MALAYSIA di negara ini.
Bahkan
Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS menyatakan memberi salam kepada
orang bukan Islam itu khilaf dan boleh mengucapkan salam. Bahkan inilah
yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam
itu baik bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘Rahmatan lil alameen” ertinya
rahmat kepada sekalian alam, manusia dan binatang; termasuk memberikan
rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya:
“Peace Be Upon You“ ( sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya
adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.
Kehebatan
gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan
Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal
ditubuhkan dengan rasminya, insyaAllah yang setaraf, sesuara dan sehak
dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep
keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai
gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini.
PAS
di bawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan reformasi uslub dakwah yang
paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam
Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU 13, insya Allah di
samping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang
anti nasionalisme, racialisme dan ekstremis agama.
UBN
akan bertambah gusar dan fobia lagi apabila PAS sendiri akan meletakkan
calon bukan Melayu dan bukan Islam yang sesuai untuk menentang calon BN
daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru
di peringkat federal. Oleh itu, perkemaskanlah daftar pemilih dan
pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda
yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi
mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu
disegerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar!
Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara
penipuan dan cara jahat.
Justeru
bilik gerakan bagi semua UPU (Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun
bersiap siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk
memintas perancangan UBN dan agensi di bawah telunjuknya (JPN dan SPR)
khususnya penggunaan ‘Mycard’ di kalangan anggota polis dan tentera.
Oleh Nash Array/detikdaily
Post a Comment