DAH
SAMPAI MASANYA…….
Gesaan TGNA supaya PAS mengadakan EGM ataupun Muktamar Khas untuk
menyelesaikan masalah 2,3 kerat pemimpin bermasalah, mendapat pelbagai reaksi, baik
daripada kawan mahupun lawan. Kita lihat 2 komen ni dulu…
Harun Taib
– Tidak wajar menyuruh pemimpin berundur disebabkan hanya kerana kalah perang.
Alasannya, walaupun tentera Islam kalah dalam perang Uhud, sahabat tidak mendesak
Nabi SAW supaya berundur.
Tetapi, adakah situasi pada masa perang Uhud itu sama dengan
keadaan yang PAS hadapi sekarang ini? Sudah terang lagi bersuluh, kekalahan perang
Uhud adalah disebabkan tentera Islam (akar umbi) engkar arahan Nabi SAW. Kekalahan
dan kucar kacir yang PAS hadapi sekarang bukan kerana akar umbi engkar, tetapi
2,3 kerat pemimpin bermasalah. Keadaan yang sama sekali berlainan, tidak waras untuk
menyamakan keadaan masa itu dengan keadaan yang PAS hadapi sekarang ini
Mantan
PM, Tun Mahathir – TGNA sudah tua, sudah nyanyuk macam saya sendiri. Jadi,
sudah sampai masa kena berundur.
Mantan PM sendiri mengaku dia sudah tua dan nyanyuk! Pengunduran
Tun Mahathir adalah permintaan rakyat, permintaan akar umbi, walaupun dirayu oleh
sebahagian pucuk pimpinan supaya jangan letak jawatan kerana banyak kepentingan
peribadi akan tergugat. Ada
yang menangis terlolong, menerpa hingga tercabut tumit kasut. Tetapi rakyat sangat
mengalu-alukan perletakan jawatan beliau. Berapa banyak memorandum dan demonstrasi
diadakan untuk mendesak supaya beliau berundur. Laungan keramat
“Undur Mahathir Undur“ bergema seluruh Malaysia pada ketika itu.
Jika dikaji secara ringkas, berdasarkan kekalahan di Bagan
Pinang, PAS sudah kehilangan sokongan, baik dari Islam mahupun bukan Islam.
Kekalahan di semua UPU Cina dan India, kemerosotan undi yang ketara di UPU
Melayu memberi signal awal penolakan rakyat terhadap PAS. Apa pun alasan,
samada rasuah @ politik wang, politik kain pelikat, politik beras, undi pos,
media berat sebelah, SPR tidak adil.....yang nyata, PAS telah kalah di Bagan
Pinang. Pemerhati bebas juga melaporkan kedatangan orang bukan Islam ke Rumah
Terbuka PAS, baik negeri mahupun Pusat, amat menyedihkan. Banyak isu,
seperti Isu Kepala Lembu, isu Selcat vs Hasan Ali, isu Hasan Ali vs Ronnie Liu
dan yang paling kronik, isu UG yang sekejap dikatakan dah selesai tetapi
sekejap tenggelam sekejap timbul, menampakkan ketidakupayaan dan keikhlasan
pemimpin PAS dalam menangani isu tersebut.
Isu PAS FOR MELAYU juga telah berjaya menenggelamkan slogan
PAS FOR ALL, juga salah satu punca penolakan kaum bukan Melayu terhadap PAS.
Malah, PAS yang selama ini berjuang untuk semua kaum, telah dianggap sebagai
parti perkauman, mengkhianati rakyat Malaysia yang selama ini menyokong PAS.
Isu penjualan arak ( Hasan Ali vs Ronnie Liu) juga dilihat sebagai tindakan dan
sifat ekstrem PAS yang sebenar.
Secara logik, jika PAS FOR MELAYU, apa bezanya PAS dengan
UMNO. Malah, dari segi duniawi, UMNO lebih berjaya dan berduit, jadi apa perlunya
PAS kepada rakyat Malaysia jika sudah ada UMNO?
Yang paling kronik, isu UG telah dijadikan penanda aras
kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan beberapa kerat pemimpin PAS mengadakan
mesyuarat gelap (bersekongkol?) dengan pemimpin UMNO , yang pada mulanya
dinafikan, dianggap sebagai tindakan PAS mengkhianati bai’ah bersama Pakatan
Rakyat. Sikap membisu (buat bodoh) kepimpinan tertinggi PAS menambahkan garam
pada luka yang sedia ada. Maruah PAS sebagai Parti Islam jatuh sehaprak-hapraknya...
Cerita panjang pun tak guna.....Dalam diri manusia itu ada
seketul daging, kalau baik daging itu, baiklah seluruhnya, kalau busuk daging
itu, busuk dan hapraklah seluruhnya.
Sebagaimana
Jibril a.s membedah jantung (hati) Nabi SAW, maka sudah sampai masanya PAS
dibedah untuk mengeluarkan darah-darah UMNO yang masih ada dalam jantung PAS.
Salam! CD Nerang,tulisan saudara amat memedihkan tapi penuh kebenaran..
ReplyDeleteHebat article ni bro. Penulis begitu konsisten dengan tulisan nya. Allahuabar. Hancur UMNO
ReplyDelete