BREAKING NEWS

Apa Khabar Pengerusi UDA,Bila Mau Letak Jawatan??


Pengarah Urusan UDA Holdings Datuk Jaafar Abu Hassan telah meletak jawatan secara tiba-tiba selepas enam tahun menerajui agensi itu.Sebagai pemimpin yang bermaruah sepatutnya Pengerusi UDA Datuk Nur Jazlan Mohamed juga perlu meletak jawatan kerana tindakan-tindakannya yang boleh diragui ketelusannya,Nur Jazlan perlu diambil tindakan kerana bertindak membelakangi ahli Lembaga Pengarah UDA ekoran mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah syarikat China berpotensi besar dipilih membangunkan BBCC sebelum diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Kemelut pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.


KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.

Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah semalam.

Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah.

Malah, peletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.

Utusan Malaysia gagal mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.

Sumber berkata, setakat ini UDA tidak berhasrat membuat pengumuman peletakan jawatan Jaafar dan tidak menolak kemungkinan ia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana, pelantikan Jaafar dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, sumber menafikan Jaafar meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan dingin dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

‘‘Ia bukan disebabkan Nur Jazlan tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan. Ia terlalu awal lagi (untuk diberitahu),’’ katanya.

Jaafar memulakan karier dengan menyertai anak syarikat agensi itu, UDA Mall Sdn. Bhd. sebagai pengurus besar pada 2004, sebelum dilantik sebagai Pengurus Kanan Bahagian UDA Mall sehingga diberi tanggungjawab menerajui UDA.

Sebelum ini, nama Jaafar pernah dikaitkan untuk menerajui Johor Corporation Bhd. selepas peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails