Pakar DNA Australia Terkedu Dengan KEBODOHAN Ahli Kimia Malaysia...



KUALA LUMPUR: Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya menangkis hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam Kes Fitnah Liwat II.

Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini pula mahkamah diberitahu bahawa sampel sperma di dalam dubur Saiful berkemungkinan adalah sperma nya sendiri, yang turut mengandungi sel bukan sperma  individu lain.

Pendedahan itu dilakukan pakar DNA,Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini.

Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang  lain.

Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma.

Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald.

“Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna.

“Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr McDonald.

Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu.

“Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa).

“Kita mungkin silap teka,” kata Dr McDonalds

Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik.

“Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan).

“Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain.

“Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif,” kata Sankara.

Tiga calitan kapas yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang memberi keterangan semasa perbicaraan Kes Fitnah Liwat II.

Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.

“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

Perbicaraan kes Fitnah Liwat II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan.

No comments:

Post a Comment