|
Ketika me
"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.
"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.
"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.
"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.
"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.
Jelasnya, beliau
juga menerima gangguan daripada "pihak ketiga" dalam usahanya untuk
mewakili tertuduh dalam perbicaraan kes berkenaan.
"Sebab
itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya
gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya muystahil untuk
bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut,"
katanya lagi.
MP PKR yang dipecat itu juga cuba mencari
jalan tengah berhubung dakwaan liwat yang dihadapi oleh ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tarik balik tuduhan liwat
Zulklifi meminta supaya tuduhan liwat membabitkan wakil Permatang Pauh itu ditarik balik.
Katanya,
fitnah terhadap Anwar dan juga Najib tidak sepatutnya dilakukan oleh
orang Islam kerana agama menuntut umatnya bersangka baik."Saya mengambil pendirian kita tidak sepatutnya menuduh Permatang Pauh dengan tuduhan liwat bawah undang-undang sekular iaitu menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan.
"Sebaliknya sebarang pertuduhan jika ada hendaklah dibawa menurut peruntukan hukum syarak, kita ada peruntukan bawah Skesyen 25 Akta ini. Jadi saya sokong ketua umum sebenarnya," katanya.
Tambahnya lagi, tindakan menggunakan undang-undang sekular dan menafikan hak Anwar juga merupakan satu penghinaan.
"Sebaliknya hendaklah diwakili dan dijalankan sepenuhnya menurut peruntukan syarie di mahkamah syarie yang ada bidang kuasa. Ini akan membolehkan Permatang Pauh mendapatkan haknya sebagai Orang Islam termasujk menggunakan pembelaan qazaf.,
"Bagi maksud itu saya juga mendesak prosiding qazaf yang sedang dibawa oleh Permatang Pauh di mahkamah syariah dibenarkan.
Katanya, beliau yakin mahkamah Syarie dapat mencapai keadilan dan mencari kebenaran bagi kedua-dua pihak.-mkini
No comments:
Post a Comment