Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat
.
"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya dalam sidang di pejabatnya di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.
Sebelum itu, pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah menghantar 'rombongan' ke pejabat SPRM di Shah Alam, dengan membawa replika 'Disneyland'.
Ia merupakan satu 'ingatan' kepada SPRM supaya membuka segera kes lawatan Khir ke Disneyland, pada 2004.
Dalam satu kenyataan, Abdul Razak Ismail - pegawai kepada exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata pejabat baru bahagian aduan SPRM kini terletak di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika berucap di perkarangan bangunan PKPS berkata, mereka kesal dengan penahanan Hussein Ahmad, pegawai khas exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, yang didakwanya dibuat tanpa sebarang bukti kukuh.
Katanya, Hussein direman selama lima, sedang SPRM tidak menahan reman Khir Toyo semasa siasatan dilakukan.
Kira-kira 30 anggota AMK Selangor turut memakai telinga ala 'mickey mouse' sebagai satu peringatan kepada SPRM supaya jangan berat sebelah dan melakukan 'pendakwaan terpilih' dalam mendakwa mana-mana pihak.-mkini
No comments:
Post a Comment