Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita.Justeru itu,jangan lengah,alpa dan bersahaja .Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas . Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]
Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis
agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua
kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara
, lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .
Mengorbankan
tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah
berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak
memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian ,
mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ]
sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh
syara' biar dikala sukar dan getir .
Suatu
yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [
ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan
nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang
tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .
Seketika
jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu
menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota
tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam
dan jamaahnya .
Jamaah
yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh
dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah
swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang
tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa
sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap
dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .
Sejarah
semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara
panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban
demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .
Fikirkan
masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita
rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti .
Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh
lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu.
Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
No comments:
Post a Comment