Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan. Sememangnya Islam
memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut
implikasinya lebih buruk dari membunuh.
Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering
membabitkan tuduhan tanpa bukti , prasangka tanpa asas dan persepsi
yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau
sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.
Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang
mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu
bingkas dan menerkam.
Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar.
Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka
posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda
syaitan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan
sesama sendiri.
Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini.
Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah.
Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas.
Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu
baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan
benar.
Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan
sahabat seperjuangan. Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan
tindakan dikalangan anggota jamaah, ia tidak menghalalkan kita mencetus
dan menabur fitnah.
Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam.
Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua
dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara
yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali
membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa
menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.
Padamkan segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang
membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini
merebak, sebaliknya jamaah akan binasa, anggota jamaah akan berpecah,
masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka.
Atas nama Allah swt kita bersyahadah, kitab suci al-Quran
menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita,
maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah
yang sama ini.
Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita
kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang
kepada agen�agen musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari
dalam.
Marilah kita menghayati kembali roh berjamaah yang berpaksi atas semangat ukhuwah fillah yang utuh lagi intim. Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak.
Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan
kita agar jamaah dan ukhuwah kita kembali pulih malah lebih baik dari
sebelumnya. Ini tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam.
- episodeperjuangan.blogspot.com
Ustaz Nasrudin Hassan ialah Ketua Pemuda PAS.
_
|
Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?
ReplyDeleteSejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.
Lu mau ka PAS masuk BN 2010/2011?
Dulu bila saya komen Dato Hassan Ali terlalu tergilakan jawatan dalam kerajaan Selangor dan sanggup membuat rundingan secara sulit dgn umno ramai yang melenting dan beria-ia mempertahankan Dato Hassan Ali.Tetapi sekarang apabila TGNA dah bersuara isu tntang isu ini dan ianya telah mengesahkan betapa wujudnya satu kumpulan didalam ddalm Pas yg tidak mahu belajar dari sejarah TGNA yg pernah menolak kereta rosak dan akhirnya TGNA makan asap free aje bila kereta itu dah boleh bergerak semula.
ReplyDelete