Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan
tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video
Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan
ketulenannya.
Dalam
satu kenyataan hari ini, Presidennya, Ragunath Kesavan berkata
persoalan yang dibangkitkan dalam klip video itu memerlukan jawapan.
Katanya, jika terdapat kebenaran dalam mana-mana dakwaan yang timbul, maka tindakan yang keras perlu diambil.
Ragunath berkata, kerajaan mesti melakukan yang terbaik untuk menyiasat perkara itu.
Ini,
katanya, termasuk mengambil kira pengumuman yang dibuat dua hari lalu
mengenai terdapatnya saksi utama untuk memberi keterangan.
Sehubungan
itu, beliau menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan bebas
daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat.
"...dan
keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman, dan kebebasannya, moral dan
integritinya, adalah mustahak dalam proses keadilan," tambahnya.
Oleh
itu, katanya, jika berlaku sesuatu yang tidak kena dalam bidang
kehakiman - sama ada dalam proses pelantikan atau pengendalian kes-kes,
atau perilaku hakim - ia mesti disiasat segera dan secara telus dan
komprehensif, supaya rakyat yakin tiada wujud sebagai tindakan
melindungi mana-mana pihak terbabit.
"Kerajaan mesti menunjukkan
bahawa ia mempunyai keazaman politik untuk bertindak terhadap hasil
siasatan Suruhanjaya Diraja 2008," katanya.
Isu tersebut,
katanya, hanya boleh ditutup sekiranya semua bentuk penyiasatan
dimanfaatkan sepenuhnya dan mereka yang melakukan kesalahan di hadap ke
muka pengadilan.
Sumber:malaysiakini
No comments:
Post a Comment