Pada
sebelah pagi semalam pada hari pembentangan Belanjawan 2010 saya
mendengar sembang-sembang beberapa rakan yang menghitung perbelanjaan
dari bonus yang bakal diumumkan pada petang nanti. Saya kata tak payah
kiralah....kerajaan sedang gawat. Buktinya lihatlah banyak peruntukan
kepada Kementerian dan jabatan kerajaan dipotong perbelanjaannya.Jangan
mimpi nak dapat bonus.
Rakan saya nampak
tak puas hati, katanya mana boleh kata tak ada duit....Kerajaan boleh
membazir berpuluh juta ringgit duit rakyat seperti dalam Laporan Audit
Negara...Kalau kerajaan boleh beli sebuah laptop harga berpuluh ribu
tentu kerajaan banyak duit!Saya kata kalau tak percaya
tunggulah....Dalam perjalanan balik dari pejabat saya membuka channel
radio siaran langsung pembentangan belanjawan...Ikim FM 89.5....Confirm
tak ada bonus!
Saya terus contact kawan tadi...Kan saya dah cakap tak ada bonus...Kalau macam ni katanya jangan harap le Umno@BN menang dalam pilihanraya umum akan datang..saya kata tak apalah sekurang-kurangnya duit RM 500 tu boleh guna untuk tampung kos harga minyak petrol yang dijangka naik tak lama lagi..
Emmm Kalau macam tu baik tak payah beri.....Lepas ni tentu harga barang melambung lagi!...Perbualan terhenti...
Bermakna sepanjang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 2 tahun berturut-turut kakitangan awam tidak diberi bonus. Zaman Tun Dr. Mahathir yang pernah melalui zaman kegawatan ekonomi pada 2003 kakitangan awam masih diberi bonus setengah bulan gaji. Era Pak Lah yang dianggap lemah dalam bab ekonomi dan mentadbir negara masih tidak melupakan memberi bonus pada kakitangan awam...Tetapi era Najib era 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Rakyat tak dapat bonus..

.Kepada kakitangan awam selagi era
1Malaysia usahlah bermimpi untuk dapat bonus kecuali menukar kepimpinan
yang ada pada hari ini. Lepas ni pasti ada pendapat mengatakan rakyat
tak tahu bersyukur dan berterima kasih...Untuk itu senang sahaja
jawapannya bukan rakyat tidak bersyukur tetapi rakyat tidak boleh
menerima cara kerajaan mentadbir dan mengurus wang rakyat dan
negara....umpama pisau cukur....Habis licin duit rakyat dan harta
negara.
Sumber: angkasanuri.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment