Pemuda: Henti ganggu Malaysiakini |
Pemuda Gerakan menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menghentikan "gangguannya" terhadap Malaysiakini.
Tindakan menyiasat akhbar web itu - secara intensif selama beberapa hari minggu lalu - bertentangan dengan hasrat kerajaan yang menekankan kebebasan bersuara, kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.
"Ia bercanggah dengan semangat laporan secara adil yang berhak diperolehi oleh orang ramai," katanya, yang juga ahli parlimen Simpang Renggam, dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, sekumpulan NGO hak asasi dan penulis blog berkumpul secara aman di depan pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur (foto kanan) sebagai membantah tindakan SKMM menyiasat portal berita itu selama empat hari mulai 5 September lalu.
Suruhanjaya itu dipercayai akan mengambil keterangan terakhir Ketua Pegawai Eksekutifnya Premesh Chandran (foto kiri), sekali lagi, dalam masa terdekat selepas menyiasat sekumpulan besar video, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikal yang menerbitkan dua video berkenaan.
Sabtu lalu, MCA dilaporkan turut menggesa SKMM memberhentikan siasatan bertubi-tubinya terhadap Malaysiakini yang boleh dilihat sebagai satu gangguan yang mengekang kebebasan akhbar.
Sumber:malaysiakini
No comments:
Post a Comment