BREAKING NEWS

SYABAS Yang Sekat Air, Umno Selangor Yang Mati Lemas



Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan.

Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.

Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim.

Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan.

Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.

Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.

Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.

"Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.




Umno Selangor dengan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) macam bapak dengan anak atau macam isi dengan kuku. Kedua-duanya saling memerlukan, dan saling membantu. Kenapa?  Sebab SYABAS dilahirkan  atas kekuasaan Umno yang memegang tampok kerajaan Selangor satu ketika dulu.Dengan lain perkataan SYABAS adalah milik kroni Umno. 

Maka sekarang ini mereka sedang berusaha keras memainkan isu air,.. kononnya air di Selangor dan Wilayah tidak  cukup!  Catuan air terpaksa dilakukan!!  Begitulah kata pembohong besar dari Selangot ini !  Tak dapat tanduk telinga dipulas,..Dah berbagai usaha mereka buat untuk melemah dan merampas kembali kerajaan Selangor.  SYABAS hilang rasa malu apabila diperguna oleh Umno dengan mengambil langkah-langkah yang tidak kena dan tidak wajar ! 

Tapi Umno dan SYABAS jangan tersalah langkah, InsyaAllah drama politik air Umno dan SYABAS ini akhirnya akan menjadi senjata makan tuan !!.

1 comment :

  1. Dasar pengkhianat negara, SYABAS sanggup menganiaya rakyat demi politik, moga Allah membalas kejahatan mereka di dunia ini juga.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails