22 January 2013

Noh Omar Sila Jawab!! Hamzah Apandi Penipu, Mana Duit Kami RM400,000!!




TANJONG KARANG : Seramai 34 peserta penanaman Nenas berkelompok di Taman Agroteknologi (TKPM) di Bestari Jaya kecewa dengan sikap Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang didakwa lepas tangan ekoran kegagalan projek itu seraya menggesa beliau turun padang melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dan berdialog secara terbuka.

Bertempat di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini,seramai lebih 10 peserta yang mewakili kumpulan itu menyatakan perasaan kesal dengan sikap Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menteri bertanggungjawab.

Dalam sidang media semalam, para peserta memprotes dengan Noh dengan pelbagai slogan yang berbunyi ” Kami Peserta Dianiaya,Noh Sila Jawab” , “Hamzah Penipu,Mana Duit Kami RM400,000″ dan “Noh Omar Sokong Pandi” sambil membawa sebiji Nenas sebagai simbolik mendesak Noh Omar agar serius menyelesaikan masalah itu.

Menurut jurucakap peserta penanaman Nenas, Mohd Fadzli Sharif, peserta terpaksa berhadapan dengan tuntutan mahkamah daripada pihak Agro Bank  di mana para peserta merasakan diri mereka dianiaya apabila janji untuk pulangan hasil projek ini dimungkiri.

” Masalah utama yang timbul sekarang ialah kegagalan GEHSB untuk membayar ansuran bulanan kepada Agro Bank. Akaun pinjaman telah tertunggak lebih setahun dan tuntutan saman berjumlah purata RM17,000 untuk seorang peserta.

“Pihak kami telah beberapa kali menemui pihak pengurusan GEHSB iaitu Hamzah Apandi untuk menyelesaikan masalah-masalah ini namun tiada apa-apa tindakan dan beliau dihubungi malah talian telefon juga tidak aktif,” katanya.

Fadzli menjelaskan, pihak Agro Bank sepatutnya menuntut bayaran bagi melunaskan pinjaman kepada pihak GEHSB kerana termaktub dalam akujanji bahawa syarikat itu yang akan membuat bayaran balik.

Beliau juga berkata,perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika hal sedemikian tidak menemui jalan penyelesaian seraya menuntut siasatan dilaksanakan pihak berkuasa jika wujud unsur salah laku.

“Pihak Agro Bank telah menyalurkan pinjaman atau dana sebanyak RM100,000 lagi dipercayai untuk memulihkan projek ini. Pihak kami hairan bagaimana Agro Bank begitu mudah menyalurkan pinjaman walaupun mengetahui keadaan GEJSB yang tenat dan tidak berdaya maju.

” Pihak Agro Bank juga perlu menarik balik segala tuntutan saman terhadap peserta kerana wang RM12,000 telah dikreditkan terus kepada akaun GEHSB dan akujanji daripada GEHSB untuk membayar balik pinjaman peserta perlu dikuatkuasakan,”katanya.

Tambah Fadzli lagi,pihak GEHSB telah berjumpa dengan Noh Omar dan membuat sidang akhbar menyatakan dakwaan kononnya pihak PKPS telah mengambil alih 50 ekar tanah untuk diusahakan tanaman nanas tetapi projek itu gagal.

“Kami menuntut agar segala bantuan,insentif dan apa jua kemudahan daripada LPNM diberikan kepada peserta.Pihak GEHSB perlu membayar hasil jualan Nanas untuk tahun 2010 dan 2011 mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

“Pihak GEHSB perlu mematuhi terma-terma dalam perjanjian yang ditandatangani dengan peserta. Bukan niat kami untuk mempolitikkan perkara ini tetapi kami mahu hak kami sebagai peserta yang telah melabur lebih RM400,000 dalam projek penanaman Nanas ini,” katanya.

Sementara itu menurut Surirumah, Salbiah Senan,50, yang ditemui berkata yang tidak mempunyai pendapatan  merasa kecewa dengan kejadian ini kerana dahulu beliau dijanji dengan pulangan yang lumayan menyertai projek ini.

” Apabila kami mendapat surat saman, dan sudah jatuh hukum maka kita merasa sedih, minta pihak syarikat tersebut membayar hutang itu kepada pihak Agro Bank.

” Kami termakan dengan janji-janji yang akan diberi faedah-faedah dalam projek ini, jadi kami semua teraniaya,” kata.


Oleh Mohd Ezli Mashut
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Dan Pendapat Bernas Anda!!

(1) Setiap komen dan pendapat anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

(2) Komen-komen sensitif yang melanggar Undang-Undang Malaysia akan dibuang.

(3) Untuk bertukar pautan link,sila letakkan link blog saya ke dalam blog anda dan tinggalkan jejak dalam ruangan komen bersama URL blog anda.

(4) Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan atau ingin menghantar artikel,sila emailkan ke: mafiaboss2u@gmail.com

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Mafiaboss Melayu, email:mafiaboss2u@gmail.com