Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri,”-Rafizi Ramli

05 March 2012

Najib Bagi 'DUIT KOPI RM2.71 BILION' Kepada Umno Selangor



SHAH ALAM 5 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM2.71 bilion kepada Umno Selangor, dibimbangi akan digunakan oleh parti itu untuk membeli undi, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Umno-BN tidak dapat membezakan peranan mereka sebagai kerajaan pusat dan parti politik.
“Apa yang lebih menakutkan, kemungkinan Umno-BN akan menggunakan wang ini untuk membeli undi dalam usaha mereka merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang,” kata beliau kepada Keadilandaily.

Pada 19 Disember tahun lalu, Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, mengumumkan peruntukan dana RM2.71 bilion kepada Umno negeri itu dengan alasan untuk pembangunan negeri.
Tindakan itu dikecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu penyelewengan kerana memberikan sejumlah besar wang rakyat kepada Umno Selangor, bukan kerajaan negeri.
Jumaat lalu, Khalid sekali lagi mempersoalkan tindakan Najib tersebut yang membuktikan amalan penyalahgunaan wang rakyat secara berleluasa.

Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda berkata, kerajaan pusat sepatutnya memberikan dana tersebut kepada kerajaan negeri selaku pentadbir yang sah dan bukan kepada parti politik.

“Umno Selangor tidak mempunyai sebarang hak untuk menerima peruntukan dari kerajaan pusat, yang mana wang itu datang dari pembayar cukai,”.

“Ini merupakan satu pecah amanah dan penyelewengan secara terang-terangan oleh Umno, dan saya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini,” katanya.

Beliau turut berkata, selama lebih lima puluh tahun memerintah, Umno-BN sememangnya tidak menjadikan prinsip tadbir urus yang baik sebagai amalan mereka.
SUMBER
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Dan Pendapat Bernas Anda!!

1)Setiap komen dan pendapat anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

2)Semua komen dan pendapat anda akan disiarkan tanpa sebarang tapisan dan suntingan.

3)Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan atau ingin menghantar artikel,sila emailkan ke: mafiaboss2u@gmail.com

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Mafiaboss Melayu, email:mafiaboss2u@gmail.com